Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Naik taraf memori pada Mac anda
Jika Mac anda disertakan dengan slot memori yang boleh dikonfigurasi—seperti sesetengah model Mac mini, iMac, atau Mac Pro—Maklumat Sistem menyediakan diagram ringkas untuk slot memori yang sedang digunakan atau tersedia untuk dikonfigurasi dan akses mudah ke arahan tentang cara untuk menaik taraf memori.
Buka Maklumat Sistem untuk saya
Pilih menu Apple > Perihal Mac Ini, kemudian klik Memori.
Untuk mendapatkan arahan tentang cara untuk menaik taraf atau menambah memori, klik Arahan Naik Taraf Memori.