![](https://help.apple.com/assets/5D38A6ED0946225A2D640948/5D38A6F70946225A2D640958/ms_MY/c10e8a839dc838a25d0feb0e9e428a0a.png)
Gunakan x-callback-url dengan Pintasan
Pintasan menyokong x-callback-url, membenarkan app pemanggil menerima balasan (panggil balik) apabila interaksi tertentu dilengkapkan. Anda boleh mengimport dan menjalankan pintasan daripada x-callback-url menggunakan parameter yang sama yang dibincangkan dalam Jalankan pintasan menggunakan skema URL. Sebagai contoh:
shortcuts://x-callback-url/run-shortcut?name=Calculate%20Tip&input=text&text=24.99&x-success=...&x-cancel=...
Mengikut standard x-callback-url parameter tambahan berikut boleh diberikan:
x-success (pilihan): URL yang dibuka apabila interaksi berjaya—contohnya selepas pintasan diimport atau selesai dijalankan. Jika pintasan dijalankan, parameter bernama
result
ditambah ke URL dan mengandungi output teks pintasan.x-cancel (pilihan): URL yang dibuka apabila interaksi dibatalkan oleh pengguna.
x-error (pilihan): URL yang dibuka apabila interaksi gagal kerana ralat berlaku. Parameter bernama
errorMessage
ditambah ke URL dan mengandungi perihalan ralat.
Dengan x-success
, anda boleh memberikan URL yang dibuka selepas pintasan selesai dijalankan dengan berjaya. Ini boleh digunakan dengan senarai semak tugas berbilang langkah dalam OmniFocus, di mana anda membuka x-callback-url untuk menjalankan pintasan, kembali ke senarai dan beralih ke tugas seterusnya melalui URL.
Dengan x-cancel
, anda boleh memberikan URL kontigensi untuk dilancarkan jika pintasan berhenti sebelum ia selesai dijalankan. Disebabkan pintasan tidak selesai, tiada output disediakan daripada pintasan.
Dengan x-error
, anda boleh memberikan URL kontigensi untuk dilancarkan jika pintasan mengalami ralat semasa dijalankan dan gagal diselesaikan. Dalam kes ini, anda boleh mulakan dengan URL berbeza untuk menangani isu tersebut.