Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Panduan Pengguna Pintasan
Bagaimana pintasan berfungsi?
Apabila anda menjalankan pintasan, setiap tindakan dalam senarai tindakan dijalankan mengikut tertib dari atas ke bawah. Setiap tindakan memainkan peranan dalam tugas atau matlamat yang anda mahu selesaikan, sama seperti langkah individu dalam barisan pemasangan kilang. Contohnya, sesetengah tindakan mengambil maklumat—sama ada daripada peranti anda atau daripada Internet. Sesetengah tindakan mentransformasikan maklumat, contohnya mensaiz semula imej. Tindakan lain berkongsi maklumat ke perkhidmatan seperti Facebook atau Twitter.
Terima kasih atas maklum balas anda.