Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Uruskan pintasan yang ditambah ke Siri
Sebaik sahaja anda menambah pintasan ke Siri, anda boleh mengedit frasa pintasan atau terus memadam pintasan.
Rakam semula frasa pintasan Siri
Pada peranti iOS anda, pergi ke Seting > Siri & Carian > Pintasan Saya.
Ketik pintasan, kemudian ketik Rakam Semula Frasa untuk merekod frasa semula.
Rakaman dihentikan apabila anda berhenti bercakap.
Ketik Selesai.
Keluarkan pintasan daripada Siri
Pada peranti iOS anda, pergi ke Seting > Siri & Carian > Pintasan Saya.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Ketik pintasan yang anda mahu padam, kemudian ketik Padam Pintasan.
Leret ke kiri pada pintasan, kemudian ketik Padam.
Untuk memadam pintasan dengan satu gerak isyarat, leretnya sampai ke penghujung kiri.
Ketik Edit, ketik di sebelah kiri pintasan, ketik Padam, kemudian ketik Selesai.