Mengendalikan cap masa menggunakan Formatkan Tarikh dalam Pintasan pada iPhone atau iPad
Sesetengah maklumat tarikh dan masa dalam sesetengah balasan API kelihatan sebagai nombor panjang dengan banyak digit. Hal ini kerana masa diformatkan dalam masa UNIX (atau masa Epoch), yang menunjukkan masa sebagai bilangan saat yang telah berlalu sejak 00:00:00 UTC, Khamis, 1 Januari 1970.
Masa UNIX digunakan sebagai standard untuk semua komputer sebagai cara untuk mengukur masa daripada tempat yang sama, atau tarikh mula Waktu Universal Selaras (UTC) dan juga dianggap hari lahir sistem pengendalian UNIX. Dalam Pintasan, anda boleh menukar daripada format masa UNIX kepada format masa yang lebih mudah dibaca orang dengan menggunakan tindakan Tarikh, Laraskan Tarikh dan Formatkan Tarikh.
Tindakan Tarikh disetkan ke 00:00:00 UTC Jan 1, 1970. Tambah pemboleh ubah Masa UNIX ke tarikh UTC untuk mendapatkan tarikh dilaraskan. Seterusnya, gunakan Formatkan Tarikh untuk mengeluarkan komponen masa (kerana semuanya 00:00:00).
Nota: API lain mungkin menggunakan format masa lain seperti ISO 8601. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Perihal pemformatan tarikh dan masa dalam Pintasan pada iPhone atau iPad.