Lihat kamus penskripan app dalam Editor Skrip pada Mac
Kamus penskripan app memaparkan perbendaharaan kata penskripan yang difahami oleh app atau tambahan penskripan.
Untuk mengetahui perintah dan objek apa yang boleh anda gunakan untuk mengawal app, gunakan Editor Skrip untuk melihat kamus app itu. Kamus penskripan app diatur kepada suit berlainan. Kebanyakan app yang boleh diskrip mengandungi sekurang-kurangnya suit standard. App lain mungkin mempunyai pelbagai jenis suit objek dan perintah tersedia. Kamus app mungkin mengandungi berbilang bahasa—sebagai contoh kamus app mungkin termasuk kedua-dua AppleScript dan JavaScript untuk Automasi.
Dalam app Editor Skrip pada Mac anda, pilih Tetingkap > Pustaka.
Dwiklik nama app dalam tetingkap Pustaka.
Klik menu timbul Bahasa, kemudian pilih bahasa penskripan.
Pilih suit.
Jika app boleh diskripkan tidak muncul dalam pustaka, lihat Tambah atau keluarkan app daripada kamus penskripan.