Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Jalankan skrip dalam Editor Skrip pada Mac
Apabila anda menjalankan skrip, Editor Skrip memeriksa skrip untuk ralat, kompilkannya, kemudian melaksanakan setiap perintah. Skrip kekal boleh diedit, agar anda boleh membuat perubahan dengan cepat dan menjalankannya semula. Ini memudahkan anda untuk melihat hasil perubahan yang anda buat dalam skrip anda.
Dalam app Editor Skrip pada Mac anda, klik butang Jalankan dalam bar alat, atau tekan Command-R, untuk melaksanakan perintah dalam skrip anda.
Untuk melihat log tindakan dan hasil dalam skrip, pilih Tetingkap > Sejarah Log sebelum menjalankan skrip.