Simpan di Schoolwork

Anda boleh mencipta aktiviti untuk pelajar anda menggunakan pelbagai app, kemudian kongsi aktiviti sebagai penanda buku Schoolwork. Untuk berkongsi aktiviti sebagai penanda buku Schoolwork, anda mesti menghidupkan ciri Schoolwork dalam menu Kongsi.

Nota: Schoolwork sekolah menyokong penanda buku Simpan ke Schoolwork untuk app pelaporan kemajuan yang menggunakan rangka kerja perkongsian, Safari mudah alih dan pautan sejagat.

Dayakan Simpan di Schoolwork

  1. Buka app iPadOS.

  2. Ketik untuk buka aktiviti ke penanda buku, kemudian ketik butang Kongsi.

  3. Dalam bahagian kedua tindakan kongsi, ketik Tindakan Edit.

  4. Ketik Simpan di Schoolwork, kemudian ketik Selesai.

    Item Simpan di Schoolwork muncul dalam menu Kongsi. Anda kini boleh menyimpan aktiviti sebagai penanda buku untuk digunakan kemudian dalam Schoolwork.