pentaksiran

Ujian, kuiz atau lembaran kerja yang dikongsi daripada guru kepada pelajar. Schoolwork menukarkan dokumen asal guru kepada penilaian interaktif (format PDF) yang dihantar kepada pelajarnya untuk mengukur pemahaman tentang konsep, topik atau pelajaran. Apabila pelajar menyerahkan penilaian, guru boleh menyemak fail untuk memberikan maklum balas kualitatif dan kuantitatif kepada pelajarnya. Penilaian boleh terdiri daripada senarai penerima (seluruh kelas atau seorang atau lebih ramai pelajar dalam kelas), tajuk penilaian, dokumen dan arahan. Seorang penerima dan tajuk penilaian diperlukan; semua maklumat lain tidak diwajibkan. Anda juga boleh menentukan tarikh jangka penilaian. Jika anda menambah tarikh jangka, tugasan yang dihantar oleh pelajar selepas tarikh jangka adalah lewat.

Guru boleh menerbitkan pentaksiran, menjadualkan pentaksiran untuk dihantar pada masa akan datang atau menyimpan pentaksiran sebagai draf sehingga mereka bersedia untuk hantar pada masa lain.