perkhidmatan pengurusan peranti

Perkhidmatan yang membolehkan anda mengurus dari jauh peranti yang didaftarkan. Setelah peranti didaftarkan, anda boleh menggunakan perkhidmatan pengurusan peranti melalui rangkaian untuk mengkonfigurasi seting dan melaksanakan tugas lain pada peranti tanpa interaksi pengguna.

Untuk pengurusan, peranti didaftarkan dengan pelayan perkhidmatan pengurusan peranti menggunakan profil konfigurasi pendaftaran yang boleh dilakukan terus oleh pengguna. Untuk peranti milik organisasi, pendaftaran perkhidmatan pengurusan peranti boleh diautomatikkan menggunakan Apple School Manager. Apabila pentadbir memulakan dasar perkhidmatan pengurusan peranti, menukar seting atau menghantar perintah, peranti menerima pemberitahuan tindakan melalui perkhidmatan Pemberitahuan Tolak Apple (APN). Dengan sambungan rangkaian, peranti dapat menerima perintah APN di mana-mana sahaja di dunia.

Dengan menggunakan perkhidmatan pengurusan peranti anda juga boleh mengedar, mengurus dan mengkonfigurasi kandungan yang dibeli melalui bahagian App dan Buku Apple School Manager atau dibangunkan secara dalaman.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang penggunaan dan pengurusan perkakasan, perisian, app dan perkhidmatan Apple dalam organisasi anda, lihat Pengerahan Platform Apple.