Sembunyikan iklan apabila membaca artikel dalam Safari pada Mac
Anda boleh menggunakan Pembaca Safari untuk melihat artikel halaman web dalam satu halaman, diformatkan untuk memudahkan pembacaan dan dipersembahkan tanpa iklan, navigasi atau item gangguan lain. Anda dapat laraskan fon, saiz fon dan warna latar belakang untuk Pembaca.
Lihat artikel menggunakan Pembaca
Dalam app Safari pada Mac anda, klik butang Pembaca dalam medan Carian Pintar.
Butang muncul hanya jika halaman web mempunyai artikel yang Pembaca boleh tunjukkan.
Untuk berhenti menggunakan Pembaca, klik butang Pembaca lagi atau tekan Esc.
Tukar rupa halaman web anda dalam Pembaca
Dalam app Safari pada Mac anda, semasa melihat artikel dalam paparan Pembaca, klik butang huruf yang kelihatan di penghujung kanan medan Carian Pintar.
Lakukan mana-mana daripada berikut untuk melaraskan seting:
Pilih saiz fon.
Pilih latar belakang berwarna putih, sepia, kelabu, atau hitam.
Pilih fon.
Pembaca sentiasa menunjukkan anda fon, saiz dan latar belakang terakhir yang anda pilih.