Pintasan dan gerak isyarat untuk app web pada Mac
Dalam Safari pada Mac, anda boleh menukarkan sebarang tapak web menjadi app dengan menambahnya ke Dock. Lihat Tukar tapak web menjadi app dalam Safari.
Semasa menggunakan app web, anda boleh melaksanakan banyak tugas dengan cepat menggunakan pintasan papan kekunci dan gerak isyarat. Lihat pintasan dan gerak isyarat di bawah, serta pintasan papan kekunci dalam menu dalam bar menu. Dalam menu app, pintasan papan kekunci diwakili oleh simbol.
Nota: Pintasan papan kekunci dalam app mungkin berbeza bergantung pada bahasa dan tataletak papan kekunci yang anda gunakan pada Mac anda.
Skrol
Tindakan | Pintasan atau gerak isyarat |
---|---|
Skrol ke atas, ke bawah, ke kiri atau ke kanan | Tekan kekunci anak panah. |
Skrol dalam penambahan yang lebih besar | Tekan Option ketika anda menekan kekunci anak panah. |
Skrol ke bawah skrin | Turun Halaman Bar Space |
Skrol ke atas skrin | Naik Halaman Shift–Bar Space |
Skrol ke penjuru kiri atas atau kiri bawah app web | Command–Anak Panah Atas Command–Anak Panah Bawah |
App web semasa
Tindakan | Pintasan atau gerak isyarat |
---|---|
Cari app web semasa | Command-F |
Serlahkan medan atau menu timbul seterusnya dalam app web | Tab Tab juga menyerlahkan butang dan kawalan lain jika Navigasi Papan Kekunci diaktifkan dalam seting Papan Kekunci. |
Serlahkan medan, menu timbul, atau item boleh klik (seperti pautan) dalam app web | Option-Tab Option-Tab juga menyerlahkan butang dan kawalan lain jika Navigasi Papan Kekunci diaktifkan dalam seting Papan Kekunci. |
Cetak skrin app web semasa | Command-P |
Salin item dipilih | Command-C |
Salin pautan ke halaman semasa | Option-Command-C |
Tampal item terbaharu disalin | Command-V |
Seting
Tindakan | Pintasan atau gerak isyarat |
---|---|
Pergi ke halaman utama app web | Shift-Command-H |
Tukar seting app web | Command-, |
Sejarah
Tindakan | Pintasan atau gerak isyarat |
---|---|
Kembali ke halaman sebelumnya | Command-[ |
Pergi ke hadapan ke halaman seterusnya | Command-] |
Lihat senarai halaman terbaharu dilawat anda mengikut nama | Tekan dan tahan butang Balik atau Maju sehingga senarai kelihatan |
Lihat senarai halaman terbaharu dilawat anda mengikut alamat web (URL) | Tekan Option, kemudian tekan dan tahan butang Balik atau Maju sehingga senarai kelihatan |
Zum
Tindakan | Pintasan atau gerak isyarat |
---|---|
Keluar paparan skrin penuh | Esc |
Zum kandungan app web | Tekan Command-Tanda Tambah(+) atau Command-Tanda Tolak (–) |
Zum teks app web | Tekan dan tahan kekunci Option, kemudian pilih Paparan > Jadikan Teks Lebih Besar atau Paparan > Jadikan Teks Lebih Kecil |
Muat Turun
Tindakan | Pintasan atau gerak isyarat |
---|---|
Muat turun fail yang dipautkan | Option-klik pautan kepada fail |
Buka fail dimuat turun | Dwiklik fail dalam senarai muat turun Untuk menunjukkan senarai muat turun, klik butang Tunjukkan Muat Turun berdekatan penjuru kanan atas tetingkap app web. |
Tetingkap
Tindakan | Pintasan atau gerak isyarat |
---|---|
Tunjukkan atau sembunyikan bar alat | Option-Command-T |
Bertukar kepada tetingkap app yang lain | Command-` (di atas kekunci Tab) |
Pembaca
Tindakan | Pintasan atau gerak isyarat |
---|---|
Buka Pembaca | Shift-Command-R |
Tutup Pembaca | Esc |