![](https://help.apple.com/assets/674E29452A605B20AB0728F7/674E294742A318B69C0EE97F/ms_MY/6846073fc6f766d1ad3f66ae757c5e24.png)
Lihat Kegemaran anda dalam Safari pada Mac
Pergi ke app Safari
pada Mac anda.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Lihat Kegemaran anda daripada medan Carian Pintar: Klik medan Carian Pintar untuk melihat Kegemaran anda dalam paparan halaman mula, kemudian klik ikon tapak web yang ada mahu lawati. Paparan halaman mula akan hilang jika anda mula menaip dan tidak akan muncul jika anda mengklik medan semasa anda melihat halaman mula.
Anda juga boleh melihat tapak web kegemaran anda apabila anda membuka tab baharu. Jika anda tidak melihat halaman Kegemaran anda dalam tab baharu, lihat Tukar seting Umum.
Tunjukkan bar Kegemaran: Pilih Paparan > Tunjukkan Bar Kegemaran. Satu bar dengan tapak web kegemaran anda muncul di bawah bar alat.
Jika anda melihat tanda kurung sudut
di hujung kanan bar, kliknya untuk menunjukkan penanda buku anda yang lain, atau meluaskan tetingkap Safari.
Pergi ke tapak web kegemaran: Klik dalam medan Carian Pintar, kemudian klik tapak web di bawah Kegemaran, atau klik tapak web dalam bar Kegemaran.
Nota: Kekalkan tapak web kegemaran anda sama pada semua peranti Apple anda dengan mendaftar masuk pada Akaun Apple yang sama. Pada iPhone, iPad atau iPod touch anda, pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud, ketik Lihat Semua, kemudian pastikan Safari diaktifkan. Pada Mac anda, pilih menu Apple