Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Tambah folder penanda buku dalam Safari pada Mac
Anda boleh menyusun penanda buku ke dalam folder dalam bar sisi Safari.
Dalam app Safari
pada Mac anda, pilih Penanda Buku > Edit Penanda Buku.
Klik Folder Baharu.
Masukkan nama untuk folder, kemudian tekan Return.
Untuk menukar nama, Control-klik folder, kemudian pilih Nama Semula. Masukkan nama baharu, kemudian tekan Return.
Seret folder ke lokasi yang anda mahu.