Susun tab dalam Safari pada Mac
Anda boleh menyusun semula tab untuk memudahkan anda dan pinkan tapak web yang kerap dilawati untuk akses mudah.
Dalam app Safari pada Mac anda, lakukan mana-mana yang berikut:
Susun semula tab: Seret tab ke kedudukan baharu.
Skrol menerusi tab: Jika terdapat banyak tab berbanding tab yang kelihatan dalam bar tab, leret ke kiri atau kanan ke atas bar tab untuk skrol melalui tab anda.
Anda juga boleh tekan Command-1 hingga Command-9 untuk memilih satu daripada sembilan tab anda yang pertama. Untuk membenarkan ini, pilih Safari > Seting, klik Tab, kemudian aktifkan pilihan. Lihat Tukar seting Tab.
Tunjukkan gambaran keseluruhan tab: Untuk melihat imej kecil semua tab terbuka dalam tetingkap utama Kumpulan Tab, Control-klik nama dalam bar sisi, kemudian pilih Tunjukkan Gambaran Keseluruhan. Untuk melihat satu daripada halaman bersaiz penuh, klik pada imej kecilnya. Untuk menutup tab, klik butang Tutup di penjuru kiri atas imej kecil.
Tukarkan semua tetingkap Safari kepada tab dalam tetingkap tunggal: Pilih Tetingkap > Gabung Semua Tetingkap.