Isi Auto info daripada Kenalan dalam Safari pada Mac
Dengan Isi Auto, anda boleh mengisi maklumat kenalan daripada app Kenalan yang disimpan sebelum ini dengan mudah. Medan yang maklumat telah dimasukkan untuk anda diserlahkan dalam warna kuning.
Isikan info daripada Kenalan
Dalam app Safari pada Mac anda, mulakan menaip sebarang nama daripada kenalan anda untuk mengisi auto butiran mereka.
Jika kenalan mempunyai lebih daripada satu alamat, e-mel atau info kenalan lain, anda boleh memilih dari rumah, kerja atau alamat tersuai yang anda sudah masukkan dalam kad kenalan mereka (atau gunakan Touch Bar). Jika anda tidak mahu Safari isi auto maklumat, teruskan menaip.
Penting: Safari isi auto maklumat anda untuk sesiapa sahaja yang menggunakan Mac anda dengan log masuk pengguna anda. Ia juga isi auto maklumat anda untuk sesiapa sahaja yang menggunakan peranti Apple lain anda, jika peranti tersebut dan Mac anda mempunyai penyediaan Rantai Kunci iCloud.
Untuk keselamatan, sediakan Mac anda untuk memaparkan tetingkap log masuk apabila ia bermula dan untuk memerlukan kata laluan selepas tidur atau penyelamat skrin bermula. Juga, sediakan iPhone, iPad dan iPod touch anda untuk memerlukan kod laluan bagi membuka kunci skrin: Pergi ke Seting > Face ID & Kod Laluan (atau Touch ID & Kod Laluan), kemudian ketik Aktifkan Kod Laluan.
Jika anda tidak boleh mengisi auto info kenalan
Cuba berikut:
Dalam app Safari pada Mac anda, pilih Safari > Seting, klik Isi Auto, kemudian pastikan “Menggunakan maklumat daripada kenalan saya” dipilih.
Pastikan sebarang maklumat yang anda mahu masukkan disimpan dalam Kenalan. Safari boleh mengisi hanya maklumat kenalan yang ada dalam Kenalan. Sebagai contoh, jika borang memerlukan nombor telefon anda tetapi ia tidak berada pada kad kenalan, anda mesti mengisikannya secara manual.