Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Isi auto kod keselamatan daripada iPhone anda dalam Safari pada Mac
Anda boleh menggunakan kod keselamatan yang dihantar ke iPhone anda (iOS 8.1 atau lebih baharu) untuk daftar masuk ke halaman web pada Mac anda secara automatik.
Sediakan Pemajuan Mesej Teks pada iPhone anda
Pada iPhone anda, pergi ke Seting > Mesej > Pemajuan Mesej Teks.
Ketik Mac anda.
Isi auto kod keselamatan pada Mac anda
Pergi ke app Safari pada Mac anda.
Daftar masuk ke halaman web yang biasanya menghantar kod keselamatan ke iPhone anda.
Apabila anda digesa untuk memasukkan kod keselamatan, Safari membekalkan maklumat pada Mac anda.
Klik kod keselamatan.