Himpunkan tab dalam Safari pada Mac
Untuk memastikan tab tersusun dan menjadikannya lebih mudah untuk dicari semula kemudian, anda boleh menjadikan Safari menyusun tab ke dalam topik berkaitan atau mencipta kumpulan tab anda sendiri.
Gunakan Apple Intelligence untuk menyusun tab ke dalam topik
Dengan Apple Intelligence, tab anda disusun secara automatik ke dalam topik yang dicadangkan berdasarkan sejarah pelayaran anda.
Untuk mengesetkan sama ada Safari menyusun atau mencadangkan topik untuk tab secara automatik, atau untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan ciri ini, lihat Tukar seting Tab dalam Safari.
Nota: Apple Intelligence pada macOS 27 tidak tersedia dalam semua bahasa atau rantau. Had penggunaan mungkin dikenakan.*
Pergi ke app Safari
pada Mac anda.
Klik
dalam bar alat untuk membuka tab baharu semasa anda melayari berbilang tapak web.
Apabila anda mempunyai dua atau lebih tab yang boleh disusun bersama mengikut topik (contohnya, berita), topik yang dicadangkan kelihatan dalam baris tab yang menunjukkan bilangan tab berkaitan.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Pratonton tab dalam topik: Tahan penuding di atas topik untuk melihat imej kecil setiap tab. Klik imej kecil untuk membukanya.
Buka atau tutup semua tab dalam topik: Klik topik untuk membuka semua tab dalam topik. Klik topik lagi untuk meruntuhkan tab kembali ke dalam topik.
Cipta Kumpulan Tab dengan memilih tab
Pergi ke app Safari
pada Mac anda.
Klik
bersebelahan
dalam bar sisi.
Jika bar sisi terbuka, klik
dalam bar alat.
Pilih Kumpulan Tab Kosong Baharu.
Masukkan nama untuk Kumpulan Tab, kemudian tekan Return.
Control-klik tab dalam bar tab, pilih Alih ke Kumpulan Tab, kemudian pilih Kumpulan Tab.
Anda juga boleh menyeret tab daripada bar tab ke dalam Kumpulan Tab.
Cipta Kumpulan Tab daripada tab dalam tetingkap semasa
Pergi ke app Safari
pada Mac anda.
Klik
bersebelahan
dalam bar sisi.
Jika bar sisi terbuka, klik
dalam bar alat.
Pilih Kumpulan Tab Baharu dengan [nombor] Tab.
Masukkan nama untuk Kumpulan Tab, kemudian tekan Return.
Buka Kumpulan Tab
Pergi ke app Safari
pada Mac anda.
Klik
bersebelahan
dalam bar sisi.
Pilih Kumpulan Tab.
Jika bar sisi dibuka, klik Kumpulan Tab dalam bar sisi.
Untuk mempratonton imej kecil tapak web dalam Kumpulan Tab, Control-klik Kumpulan Tab dalam bar sisi, kemudian pilih Tunjukkan Gambaran Keseluruhan.
Petua: Untuk menghantar pautan dalam Kumpulan Tab kepada orang lain melalui e-mel dengan cepat, seret Kumpulan Tab daripada bar sisi Safari ke mesej e-mel.