Tambah sambungan ke app web dalam Safari pada Mac
Anda boleh menambah penyekat kandungan dan sambungan web Safari ke app web (tapak web yang anda tukarkan menjadi app). Sebagai contoh, anda boleh menukarkan tapak web video menjadi app, kemudian tambah sambungan untuk memalapkan semua pada skrin anda kecuali video. Atau tukarkan tapak web penerbitan kegemaran anda menjadi app, kemudian tambah sambungan untuk menyekat kandungan yang tidak dikehendaki.
Nota: Sambungan app Safari tidak disokong dalam app web.
Penyekat kandungan dan sambungan web Safari yang aktif dalam Safari (dan mempunyai akses kepada domain yang sama seperti app web) diaktifkan secara automatik untuk app web.
Klik app web dalam Dock.
Pilih [nama app web] > Seting dalam bar menu, kemudian klik Sambungan.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Aktifkan atau nyahaktifkan sambungan: Pilih atau nyahpilih kotak semak sambungan.
Ubah seting sambungan: Pilih sambungan, kemudian pilih atau nyahpilih seting.