Kongsi kata laluan menggunakan AirDrop dengan Safari pada Mac
Anda boleh menggunakan AirDrop dengan Safari untuk berkongsi kata laluan dengan iPhone, iPad, atau iPod touch, atau Mac lain.
Rantai Kunci iCloud mesti disediakan pada iPhone atau iPod touch (iOS 6 atau lebih baru), iPad, atau Mac anda. Untuk mengaktifkan Rantai Kunci iCloud pada iPhone,iPad atau iPod touch anda, pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud > Rantai Kunci.
Hantar kata laluan
Orang yang anda hantarkan mesti berada dalam Kenalan anda. Untuk menghantar kepada seseorang pada Mac, mereka mesti membenarkan diri mereka untuk ditemui di AirDrop dalam Finder. Untuk menghantar kepada seseorang pada iPhone, iPad, atau iPod touch, minta mereka buka Pusat Kawalan dan aktifkan AirDrop.
Dalam app Safari pada Mac anda, pilih Safari > Keutamaan, kemudian klik Kata Laluan.
Masukkan kata laluan anda (atau jika Mac atau papan kekunci Apple anda mempunyai Touch ID, anda boleh menggunakan Touch ID).
Control-klik tapak web dengan kata laluan yang anda mahu kongsi, kemudian pilih Kongsi dengan AirDrop.
Klik orang yang anda mahu hantarnya.
Klik Selesai.
Terima kata laluan
Dalam app Safari pada Mac anda, apabila anda menerima kata laluan daripada orang lain, anda boleh memilih sama ada untuk menerimanya. Jika anda menerimanya, anak tetingkap Kata Laluan daripada keutamaan Safari dibuka.
Anda boleh mengawal orang yang boleh menghantar kata laluan kepada anda menggunakan AirDrop.