Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Cari sejarah pelayaran web anda dalam Safari pada Mac
Anda boleh mencari sejarah pelayaran anda untuk mencari tapak web yang anda lawati dengan cepat.
Dalam app Safari pada Mac anda, pilih Sejarah > Tunjukkan Semua Sejarah.
Taip dalam medan Carian di penjuru kanan atas tetingkap.
Safari menggunakan iCloud untuk memastikan sejarah pelayaran anda sama pada iPhone, iPad, iPod touch dan komputer Mac anda yang menyediakan iCloud untuk Safari. Mac anda boleh menyimpan sejarah pelayaran anda selama setahun, manakala sesetengah model iPhone, iPad dan iPod touch menyimpan sejarah pelayaran selama sebulan. Untuk menukar kekerapan Mac anda mengeluarkan item daripada sejarah anda, lihat Tukar seting Umum.