Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Tukar seting Keselamatan dalam Safari pada Mac
Dalam app Safari pada Mac anda, gunakan seting Keselamatan untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan amaran keselamatan. Juga dayakan atau nyahdayakan JavaScript.
Untuk menukar seting ini, pilih Safari > Seting, kemudian klik Keselamatan.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Beri amaran apabila melawati tapak web palsu | Dapatkan amaran jika tapak web yang anda lawati ialah tapak web yang disyaki palsu. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang amaran tapak web palsu, pergi ke app Safari pada Mac anda, pilih Safari > Seting, klik Privasi, kemudian klik Perihal Safari & Privasi. | ||||||||||
Dayakan JavaScript | Benarkan JavaScript, yang tapak web gunakan untuk butang, borang, dan kandungan lain. Sesetengah tapak web tidak dapat berfungsi dengan betul jika anda nyahdayakan JavaScript. |