Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Sediakan pelayan proksi menggunakan Safari pada Mac
Pentadbir rangkaian anda mungkin akan meminta anda menentukan pelayan proksi untuk mengakses internet jika Mac anda bersambung kepadanya melalui tembok api. Pentadbir anda patut memberitahu anda jenis pelayan proksi untuk ditentukan, alamat alamat IP atau nama hos dan nombor port.
Pergi ke app Safari
pada Mac anda.
Pilih Safari > Seting, kemudian klik Lanjutan.
Klik Tukar Seting (bersebelahan Proksi) untuk membuka seting Rangkaian.
Ubah seting proksi menggunakan maklumat yang pentadbir rangkaian anda bekalkan.
Klik OK.