Sesuaikan tetingkap pelayar Safari pada Mac
Anda boleh menukar tataletak bar Safari, butang dan penanda buku agar bersesuaian dengan gaya pelayaran anda.
Gunakan bar Kegemaran
Dalam app Safari pada Mac anda, pilih Paparan > Tunjukkan Bar Kegemaran.
Tunjukkan bar status
Dalam app Safari pada Mac anda, pilih Paparan > Tunjukkan Bar Status. Apabila anda tahan penuding atas pautan, bar status di bawah tetingkap Safari menunjukkan alamat penuh pautan.
Sesuaikan bar alat
Dalam app Safari pada Mac anda, pilih Paparan > Sesuaikan Bar Alat.
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Tukar item dalam bar alat: Tambah, keluarkan dan susun semula item bar alat dengan menyeret item. Sebagai contoh, anda boleh menambah butang Laporan Privasi untuk melihat orang yang disekat daripada menjejaki anda pada halaman web semasa.
Keluarkan item bar alat: Tekan dan tahan kekunci Command, kemudian seret item keluar dari bar alat.
Klik Selesai.
Petua: Anda boleh menyusun semula butang bar alat terus pada bar alat dengan cepat. Tekan dan tahan kekunci Command, kemudian seret butang ke kanan atau kiri. Pintasan ini tidak berfungsi untuk butang Ke Belakang/Ke Depan, Bar Sisi, Utama, Sejarah, atau Muat Turun atau medan Carian Pintar.
Jika anda melihat tanda kurung sudut di hujung kanan bar alat, ia bermakna tetingkap terlalu kecil untuk menunjukkan semua item bar alat. Besarkan tetingkap atau klik tanda kurung untuk melihat item yang lain.
Semasa dalam paparan skrin penuh, pilih Paparan > Sentiasa Tunjukkan Bar Alat dalam Skrin Penuh.
Sesuaikan bar tab
Dalam app Safari pada Mac anda, pilih Safari > Seting, kemudian klik Tab.
Pilih lokasi untuk meletakkan tab.
Padat: Tab beralih ke atas ke bar alat. Tab aktif ialah medan Carian Pintar.
Berasingan: Tab kekal dalam bar tab, di bawah bar alat.
Lihat Tukar seting Tab.
Untuk sesuaikan Safari dengan lebih lagi, pilih Safari > Seting, kemudian tukar pilihan.