Sesuaikan pemberitahuan tapak web dalam Safari pada Mac
Jika anda membenarkan tapak web menghantar pemberitahuan kepada anda, setiap pemberitahuan kelihatan di penjuru kanan atas skrin anda.
Berhenti menerima pemberitahuan dari tapak web
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Pemberitahuan dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Pergi ke Pemberitahuan Aplikasi di sebelah kanan, klik tapak web, kemudian nyahaktifkan Benarkan Pemberitahuan.
Tapak web kekal dalam senarai dalam seting Pemberitahuan. Jika anda mahu mengeluarkannya daripada senarai, tolak keizinan tapak web untuk menghantar pemberitahuan dalam seting Safari. Lihat Tukar seting Tapak Web.
Berhenti melihat permintaan keizinan anda untuk menghantar pemberitahuan dalam Safari kepada anda
Dalam app Safari pada Mac anda, pilih Safari > Seting.
Klik Tapak Web, kemudian klik Pemberitahuan.
Nyahpilih “Benarkan tapak web untuk meminta keizinan untuk menghantar pemberitahuan”.
Mulai sekarang, apabila anda melawat tapak web yang mahu menghantar pemberitahuan kepada anda, anda tidak ditanya.
Tukar cara pemberitahuan tapak web kelihatan
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Pemberitahuan dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Pergi ke Pemberitahuan Aplikasi di sebelah kanan, klik tapak web, kemudian tukar gaya isyarat tapak web dan seting lain.
Gunakan cadangan Siri
Jika anda membenarkan Siri melakukan cadangan dalam Safari dan anda menempah peristiwa pada tapak web, seperti tempahan makan malam, anda boleh menambahnya dengan cepat ke Kalendar.
Terima cadangan Siri: Klik pemberitahuan untuk menyemak peristiwa, kemudian klik Tambah ke Kalendar.
Berhenti melihat Cadangan Siri dalam Safari: Pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Siri & Spotlight dalam bar sisi (anda mungkin perlu skrol ke bawah), klik Cadangan Siri & Privasi di sebelah kanan, klik Safari, kemudian nyahaktifkan Tunjukkan Cadangan Siri dalam App.
Lihat Cara Cadangan Siri berfungsi.
Anda mendapat pemberitahuan dari tapak web walaupun jika ia tidak terbuka—dan walaupun jika Safari tidak terbuka.