Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Kosongkan kuki dalam Safari pada Mac
Anda boleh melihat semua tapak web yang menyimpan kuki dan data tapak web pada Mac anda dan anda boleh mengeluarkan sesetengah atau semuanya.
Pergi ke app Safari pada Mac anda.
Pilih Safari > Seting, kemudian klik Privasi.
Klik Urus Data Tapak Web.
Pilih satu atau lebih tapak web, kemudian klik Keluarkan atau Keluarkan Semua.
Mengeluarkan data mungkin mengurangkan penjejakan, tetapi mungkin juga mendaftar anda keluar dari tapak web atau menukar kelakuan tapak web.
Nota: Mengeluarkan kuki dan data tapak web dalam Safari boleh menukar atau mengeluarkannya dalam app lain.