Urus kategori barang runcit dalam Peringatan pada Mac
Anda boleh mencipta kategori anda sendiri atau menamakan semula kategori pratakrif dalam senarai barang runcit. Dengan Apple Intelligence, anda juga boleh menyusun peringatan berkaitan ke dalam kategori dalam senarai secara automatik.
Nota: Apple Intelligence pada macOS 27 tidak tersedia dalam semua bahasa atau rantau. Had penggunaan mungkin dikenakan.*
Semua ciri Peringatan yang diterangkan dalam panduan ini tersedia semasa anda menggunakan peringatan iCloud yang dikemas kini. Sesetengah ciri tidak tersedia jika anda menggunakan akaun daripada penyedia lain.
Tambah kategori barang runcit tambahan
Pergi ke app Peringatan
pada Mac anda.
Pilih senarai barang runcit dalam bar sisi.
Jika anda tidak melihat bar sisi, pilih Paparan > Tunjukkan Bar Sisi.
Klik
dalam bar alat (atau pilih Fail > Bahagian Baharu).
Masukkan nama untuk kategori barang runcit baharu, kemudian tekan Return.
Namakan semula kategori barang runcit
Pergi ke app Peringatan
pada Mac anda.
Pilih senarai barang runcit dalam bar sisi.
Jika anda tidak melihat bar sisi, pilih Paparan > Tunjukkan Bar Sisi.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Pilih kategori, kemudian masukkan nama baharu.
Pilih Fail > Edit Bahagian, pilih kategori, klik
, pilih Namakan Semula Bahagian, masukkan nama baharu untuk kategori, kemudian klik Selesai.
Jika anda telah menukar nama bahagian sebelum ini, anda boleh memilih Pulihkan Nama Bahagian untuk menukarnya kembali ke nama asal.
Susun semula kategori barang runcit
Anda boleh menukar tertib kategori barang runcit untuk sepadan dengan susunan pasar raya kegemaran anda.
Pergi ke app Peringatan
pada Mac anda.
Pilih senarai barang runcit dalam bar sisi.
Jika anda tidak melihat bar sisi, pilih Paparan > Tunjukkan Bar Sisi.
Pilih Fail > Edit Bahagian.
Pilih kategori, kemudian seretnya ke dalam tertib pilihan anda.
Apabila anda selesai menyusun semula kategori, klik Selesai.
Tunjukkan atau sembunyikan kategori barang runcit yang kosong
Pergi ke app Peringatan
pada Mac anda.
Pilih senarai barang runcit dalam bar sisi.
Jika anda tidak melihat bar sisi, pilih Paparan > Tunjukkan Bar Sisi.
Pilih Fail > Edit Bahagian, kemudian pilih atau nyahpilih kotak semak Sembunyikan Bahagian Kosong.
Aktifkan atau nyahaktifkan Kategorikan Auto
Dengan Kategorikan Auto, Apple Intelligence mengisih peringatan yang berkaitan ke dalam bahagian dalam senarai secara automatik.
Pergi ke app Peringatan
pada Mac anda.
Klik senarai dalam bar sisi.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Aktifkan Kategorikan Auto: Pilih Fail > Kategorikan Auto.
Nyahaktifkan Kategorikan Auto: Pilih Fail, nyahpilih Kategorikan Auto, kemudian pilih sama ada untuk menyimpan atau mengeluarkan bahagian.
Jika anda tidak menyukai cara bahagian dikategorikan, cuba nyahaktifkan Kategorikan Auto dan keluarkan bahagian, kemudian aktifkannya semula. Ini mereset tajuk bahagian dan susunan anda dalam senarai.