
Lihat peringatan sebagai senarai atau lajur pada Mac
Pada Mac, anda boleh melihat senarai peringatan sebagai senarai panjang atau dengan lajur untuk bahagian dalam senarai.

Nota: Semua ciri Peringatan yang diterangkan dalam panduan ini tersedia semasa anda menggunakan peringatan iCloud yang dikemas kini. Sesetengah ciri tidak tersedia jika anda menggunakan akaun daripada penyedia lain.
- Pergi ke app Peringatan  pada Mac anda. pada Mac anda.
- Pilih senarai dalam bar sisi. - Jika anda tidak melihat bar sisi, pilih Paparan > Tunjukkan Bar Sisi. - Nota: Anda tidak boleh memilih paparan lajur untuk Senarai Pintar standard atau untuk melihat kumpulan senarai peringatan. 
- Lakukan satu daripada berikut: - Lihat sebagai senarai: Pilih Paparan > sebagai Senarai. 
- Lihat sebagai lajur: Pilih Paparan > sebagai Lajur. 
 
Apabila anda melihat senarai sebagai lajur, harap maklum yang berikut:
- Jika senarai tidak mempunyai sebarang bahagian, semua peringatan disenaraikan dalam lajur tunggal dengan pengepala “Lain-lain”. 
- Jika senarai mengandungi peringatan yang bukan dalam bahagian, peringatan disenaraikan dalam lajur dengan pengepala “Lain-lain”.