Anotasi imej dalam Pratonton pada Mac
Anda boleh menggunakan alat mengedit dalam bar alat Penanda untuk menanda fail imej, menyediakan maklum balas atau menunjukkan sesuatu yang anda ingin ingat.
Jika imej dibuka pada halaman dalam fail PDF dan anda mahu komen hanya pada imej, anda boleh ekstrak imej sebagai fail imej berasingan. Lihat Ekstrak halaman PDF sebagai imej untuk arahan.
Jika anda mahu komen pada bahagian imej yang anda buka dalam Pratonton, and boleh pilih sebahagian daripadanya, pilih Edit > Salin untuk hanya menyalin bahagian tersebut, kemudian pilih Fail > Baharu daripada Papan Klip untuk mencipta fail baharu. Anda juga boleh memangkas imej untuk mengeluarkan kawasan yang anda tidak mahu.
Nota: Jika anda anotasi fail imej, anda tidak boleh edit, alih, atau padam penganotasian selepas anda menyimpan imej. Jika anda fikir anda perlu menukar penganotasian kemudian, anda boleh tukar fail imej ke fail PDF, kemudian tambah penganotasian ke PDF.
Dalam app Pratonton pada Mac anda, klik butang Tunjukkan Bar Alat Penanda (jika bar alat Penanda tidak ditunjukkan).
Gunakan alat dalam bar alat untuk tandakan imej (atau gunakan Touch Bar).
Alat
Perihalan
Pilihan Segi Empat Tepat
Gunakan mana-mana alat bentuk berikut untuk memilih kawasan dalam imej dan kemudian pangkas, salin, atau padam:
Pilihan Segi Empat Tepat
Pilihan Elips
Pilihan Lasso
Lasso Pintar
Alfa Segera
Keluarkan latar belakang dari imej.
Lakar
Lakar bentuk menggunakan strok tunggal.
Jika lukisan anda dikenali sebagai bentuk standard, ia digantikan dengan bentuk itu; sebaliknya untuk menggunakan lukisan anda, pilih ia dari palet yang ditunjukkan.
Lukis
Lukis bentuk menggunakan strok tunggal. Tekan jari anda dengan lebih kuat pada trackpad untuk melukis garisan yang lebih tebal, lebih gelap.
Nota: Berbeza dengan alat Lakar, alat Lukis tidak mengenali bentuk standard.
Alat ini muncul hanya pada komputer dengan trackpad Force Touch.
Bentuk
Klik bentuk, kemudian seret ia di mana anda inginkan. Untuk saiz semula bentuk itu, gunakan pengendali biru. Jika ia mempunyai pengendali hijau, gunakannya untuk mengubah bentuk.
Anda boleh zum dan serlahkan bentuk menggunakan alat ini:
Lup: Seret lup ke kawasan yang anda ingin besarkan. Untuk menambah atau mengurangkan pembesaran, seret pemegang hijau; seret pemegang biru untuk menukar saiz lup.
Serlahan : Seret serlahan di mana anda inginkan. Untuk saiz semula ia, gunakan pemegang biru.
Lihat Putar dan ubah suai bentuk ditambah ke PDF untuk lebih pilihan.
Teks
Taipkan teks anda, kemudian seret kotak teks di mana anda inginkan.
Tandatangan
Jika tandatangan disenaraikan, klik salah satu, kemudian seretnya kemana anda inginkan. Untuk saiz semula ia, gunakan pemegang biru.
Untuk mencipta tandatangan baharu, klik alat Tandatangan, klik Cipta Tandatangan jika ditunjukkan, kemudian klik cara untuk mencipta tandatangan anda:
Gunakan trackpad: Klik teks apabila diminta, tandatangan nama anda pada trackpad menggunakan jari anda, tekan sebarang kekunci apabila anda selesai, kemudian klik Selesai. Jika anda tidak suka hasil itu, klik Kosongkan, kemudian cuba lagi.
Jika trackpad anda menyokongnya, tekan jari anda lebih kuat pada trackpad untuk tandatangan dengan garisan yang lebih tebal dan gelap.
Gunakan kamera terbina dalam komputer Mac anda: Tahan tandatangan anda (pada kertas putih) menghadap kamera supaya tandatangan anda sama aras dengan garis biru dalam tetingkap. Apabila tandatangan anda muncul dalam tetingkap, klik Selesai. Jika anda tidak suka hasil itu, klik Kosongkan, kemudian cuba lagi.
Gunakan iPhone atau iPad anda: Klik Pilih Peranti untuk memilih peranti (jika lebih daripada satu tersedia). Pada peranti anda, gunakan jari atau Apple Pencil anda (pada iPad) untuk menandatangani nama anda. Jika anda tidak suka hasil itu, ketik Kosongkan, kemudian cuba lagi. Apabila anda sudah bersedia, ketik Selesai.
Peranti anda mesti memenuhi keperluan sistem Kesinambungan. Lihat artikel Sokongan Apple Keperluan sistem untuk Keseinambungan pada Mac, iPhone, iPad, iPod touch dan Apple Watch.
Jika anda menggunakan VoiceOver, pembaca skrin terbina dalam pada Mac, anda boleh menambah perihalan tandatangan semasa anda menciptanya. Ini terutamanya berguna jika anda mencipta berbilang tandatangan dan perlu membezakan antaranya untuk memastikan anda menggunakan tandatangan yang anda mahu. Sebelum anda mengklik atau mengetik Selesai, klik menu timbul Perihalan, kemudian pilih perihalan, seperti Parap, atau pilih Tersuai untuk mencipta perihalan anda sendiri. Apabila anda telah bersedia untuk menandatangani dokumen PDF, navigasi senarai tandatangan menggunakan VoiceOver. Apabila anda mendengar perihalan tandatangan yang anda mahu gunakan, tekan VO-bar Space untuk memilihnya.
Jika anda menggunakan iCloud Drive, tandatangan anda tersedia pada komputer Mac lain anda yang mempunyai iCloud Drive diaktifkan.
Untuk memadam tandatangan, gerakkan penuding ke atasnya, kemudian klik (di sebelah kanan tandatangan). Tandatangan tidak lagi tersedia untuk digunakan dalam sebarang app yang anda boleh tambah tandatangan.
Lihat Isikan borang PDF.
Melaras warna
Tukar nilai untuk pendedahan imej, kontras, ketepuan, tinta dan lagi.
Untuk membolehkan nilai dilaras secara automatik, klik Aras Auto. Untuk kembali kepada nilai asalnya, klik Reset Semua.
Laraskan saiz
Tukar saiz dan resolusi imej.
Gaya Bentuk
Tukar ketebalan dan jenis garisan yang digunakan dalam bentuk dan tambah bayang.
Warna Jidar
Menukar warna garisan yang digunakan dalam bentuk.
Warna Isian
Menukar warna yang digunakan dalam bentuk.
Gaya Teks
Tukar fon atau gaya dan warna fon.
Perihalan imej
Masukkan, lihat, atau edit perihalan imej. (Alat diserlahkan apabila imej mempunyai perihalan.)
Perihalan imej boleh dibaca oleh pembaca skrin dan berguna untuk sesiapa sahaja yang mengalami kesukaran melihat imej dalam talian. Sebagai contoh, jika anda menggunakan VoiceOver, pembaca skrin terbina dalam pada Mac, anda boleh menekan perintah VoiceOver VO-Shift-L untuk mendengar perihalan imej dalam kursor VoiceOver.
Anotasi , ,
Anotasi item dengan melakar atau melukis padanya menggunakan iPhone atau iPad berdekatan anda. Jika kedua-dua peranti berada berdekatan, klik , kemudian pilih peranti. Alat mungkin kelihatan diserlahkan untuk menunjukkan yang peranti anda disambungkan. Untuk memutuskan sambungan peranti anda tanpa menggunakannya, klik alat lagi.
Peranti anda mesti memenuhi keperluan sistem Kesinambungan. Lihat artikel Sokongan Apple Keperluan sistem untuk Keseinambungan pada Mac, iPhone, iPad, iPod touch dan Apple Watch.