Ambil gambar skrin anda dalam Pratonton pada Mac
Anda boleh menggunakan Pratonton untuk mengambil gambar semua atau sebahagian skrin anda.
Dalam app Pratonton pada Mac anda, buka PDF atau imej yang anda mahu tangkap dalam gambar.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Seluruh skrin: Pilih Fail > Ambil Tangkapan Skrin > Daripada Keseluruhan Skrin.
Sebahagian daripada skrin: Pilih Fail > Ambil Tangkapan Skrin > Daripada Pilihan. Alihkan penuding ke sudut kawasan yang anda ingin tangkap, seret penuding merentasi kawasan, kemudian lepaskan.
Tetingkap tunggal: Pilih Fail > Ambil Tangkapan Skrin > Daripada Tetingkap. Klik tetingkap yang anda ingin tangkap.
Gambar terbuka dalam Pratonton, bernama "Tanpa tajuk.” Anda boleh menganotasinya dengan mengklik butang Tunjukkan Bar Alat Penanda dan menggunakan alat dalam bar alat Penanda.
Nota: Anda juga boleh mengambil gambar skrin menggunakan app Tangkapan Skrin. Lihat Ambil tangkapan skrin atau rakaman skrin.