Pilih seting podcast dan episod pada Mac
Selepas anda menemui podcast yang anda suka, anda boleh melanggannya, menukar setingnya, berkongsi dengan rakan anda dan banyak lagi.
Pilih seting podcast
Dalam app Podcast pada Mac anda, klik Rancangan dalam bar sisi di sebelah kiri.
Pilih rancangan untuk melihat halaman maklumatnya, klik butang Lagi , kemudian pilih Seting.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Langgan atau nyahlanggan rancangan: Togol pilihan Langgan aktif atau nyahaktif.
Pilih tertib episod dimainkan: Mainkan episod dalam tertib jujukan atau sentiasa mainkan episod terbaru dahulu.
Pilih episod untuk disimpan: Klik Hanya Simpan Episod Terbaru, kemudian skrol ke bawah untuk memilih jumlah episod belum dimainkan untuk disimpan.
Sesuaikan seting: Klik Seting Tersuai, kemudian skrol ke bawah untuk mengawal cara episod diisih, episod yang sepatutnya dimuat turun dan disimpan, serta kekerapan untuk segar semula.
Kongsi atau padam podcast, tambahnya ke senarai Main Seterusnya dan banyak lagi
Dalam app Podcast pada Mac anda, klik Rancangan dalam bar sisi di sebelah kiri.
Pilih rancangan untuk melihat halaman maklumatnya, klik butang Lagi , kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Keluarkan podcast daripada pustaka: Pilih Padam daripada Pustaka.
Tindakan ini juga mengeluarkan semua episod.
Nota: Untuk mengeluarkan hanya satu episod, klik Episod dalam bar sisi di sebelah kiri, klik butang Lagi , kemudian pilih Padam daripada Pustaka.
Tambah podcast ke senarai Main Seterusnya: Pilih Main Seterusnya.
Untuk mengalihkan rancangan ke bawah dalam senarai, pilih Main Kemudian. Anda juga boleh menukar tertib senarai Main Seterusnya secara manual dengan menyeret episod menggunakan butang Susun Semula .
Salin pautan: Pilih Salin Pautan.
Pautan disalin ke Papan Klip. Anda kemudian boleh menampal pautan ke dokumen lain. Apabila anda mengklik pautan, rancangan dibuka dalam Podcast.
Kongsi podcast: Pilih Kongsi Rancangan, kemudian kongsinya melalui e-mel, mesej teks, atau nota dikongsi, atau gunakan AirDrop untuk menghantarnya kepada seseorang yang berdekatan.
Untuk menambahkan episod ke pustaka anda daripada halaman maklumat rancangan, klik Lihat Semua Episod, kemudian klik butang Tambah bersebelahan episod. Untuk memuat turun episod supaya anda boleh memainkannya apabila anda di luar talian, klik butang Muat Turun .
Pilih seting episod
Dalam app Podcast pada Mac anda, klik Episod dalam bar sisi di sebelah kiri.
Tahan penuding di atas episod, klik butang Lagi , kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Simpan episod: Pilih Simpan Episod.
Tandakan episod sebagai dimain atau belum dimain: Pilih Tanda sebagai Dimainkan atau Tanda Belum Dimain.
Jika anda menandakan episod sebagai belum dimainkan, ia kekal dalam senarai Main Seterusnya anda untuk dimainkan lagi.
Tambah episod ke senarai Main Seterusnya: Pilih Main Seterusnya.
Untuk mengalihkan episod ke bawah dalam senarai, pilih Main Kemudian.
Salin pautan: Pilih Salin Pautan.
Pautan disalin ke Papan Klip. Anda kemudian boleh menampal pautan ke dokumen lain. Apabila anda mengklik pautan, rancangan dibuka dalam Podcast.
Kongsi episod: Pilih Kongsi Episod, kemudian kongsinya melalui e-mel, mesej teks, atau nota dikongsi, atau gunakan AirDrop untuk menghantarnya kepada seseorang yang berdekatan.
Lihat halaman maklumat: Pilih Pergi ke Rancangan.
Tulis ulasan
Anda boleh mendengar ulasan pendengar lain dan meninggalkan ulasan anda sendiri untuk sebarang podcast.
Dalam app Podcast pada Mac anda, klik Rancangan dalam bar sisi di sebelah kiri.
Pilih rancangan untuk melihat halaman maklumatnya, kemudian skrol ke bawah ke bahagian Penilaian & Ulasan.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Baca ulasan: Klik butang Ke Depan atau butang Ke Belakang untuk membaca ulasan tunggal atau klik Lihat Semua untuk melihat penilaian rancangan keseluruhan dan lebih banyak ulasan pendengar.
Tulis ulasan anda sendiri: Klik Tulis Ulasan, tulis ulasan anda, kemudian klik Simpan.