Gerak isyarat trackpad dalam Foto pada Mac
Anda boleh gunakan gerak isyarat trackpad untuk belayar dan bekerja dengan foto anda.
Nota: Untuk menggunakan gerak isyarat ketik atau ketik dua kali dalam jadual di bawah, aktifkan “Ketik untuk klik” dalam keutamaan Trackpad. Untuk menggunakan ketikan tiga jari untuk mencari maklumat tentang objek teks, aktifkan “Rujukan & pengesan data” dalam keutamaan Trackpad. Untuk melihat cara gerak isyarat trackpad bekerja dan menukar seting trackpad anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Trackpad.
Lihat foto dan album
Tindakan | Gerak isyarat | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Lihat foto dalam detik, koleksi atau tahun | Ketik atau cubit buka pada tahun, koleksi atau detik | ||||||||||
Zum keluar detik atau koleksi untuk melihat lebih banyak foto pada satu masa | Cubit tutup | ||||||||||
Skrol ke atas atau ke bawah melalui foto dalam tetingkap Foto | Leret ke atas atau ke bawah dengan dua jari | ||||||||||
Buka foto individu | Ketik dua kali foto | ||||||||||
Zum masuk atau keluar semasa melihat foto individu | Cubit buka atau tutup | ||||||||||
Tutup foto individu dan lihat lebih banyak foto | Cubit tutup | ||||||||||
Lihat foto seterusnya atau sebelumnya dalam detik atau album | Leret ke kiri atau kanan dengan dua jari | ||||||||||
Buka foto dalam baris imej kecil | Ketik foto | ||||||||||
Eksport foto | Seret foto ke desktop | ||||||||||
Skrol ke atas atau ke bawah melalui projek dan album anda | Leret ke atas atau ke bawah dengan dua jari | ||||||||||
Buka album atau projek | Ketik dua kali | ||||||||||
Buka menu kontekstual imej kecil untuk mendapatkan maklumat tentangnya, putarnya, kongsikannya, padam ia dan banyak lagi | Ketik imej kecil dengan dua jari |
Edit foto
Tindakan | Gerak isyarat | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Semasa di dalam paparan pengeditan, buka menu kontekstual untuk ubah atau dapatkan maklumat tentang foto | Ketik foto dengan dua jari |