![](https://help.apple.com/assets/63FE2DE79DC3BA308B7FD430/63FE2DE89DC3BA308B7FD437/ms_MY/196d2cc648205216e3c1ac1e63b7d92a.png)
Gunakan kesan dalam Photo Booth pada Mac
Anda boleh menggunakan Photo Booth untuk menambah kesan yang menyeronokkan pada foto dan video anda, seperti sepia atau gaya hitam dan putih.
Nota: Anda juga boleh menggunakan pelbagai kesan video FaceTime dalam Photo Booth. Lihat Gunakan kesan video semasa panggilan FaceTime.
![Tetingkap Photo Booth menunjukkan halaman kesan, termasuk Cermin, Picit dan seterusnya. Butang layari di bahagian tengah bawah tetingkap dan butang Kesan berada di bahagian kanan bawah.](https://help.apple.com/assets/63FE2DE79DC3BA308B7FD430/63FE2DE89DC3BA308B7FD437/ms_MY/09c1b1b6c17a6beeb68b3e1eb2d00818.png)
Dalam app Photo Booth
pada Mac anda, dengan butang Ambil Foto
atau butang Rakam Video
ditunjukkan, klik butang Kesan di bahagian kanan bawah.
Klik butang layari di bahagian bawah tetingkap untuk melihat pratonton kesan.
Klik kesan untuk memilihnya.
Dengan beberapa kesan herotan, gelangsar muncul apabila anda alih penuding anda ke atas imej. Alih gelangsar untuk melihat cara herotan mengubah foto atau video.
Jika anda menukar fikiran dan tidak mahu menggunakan kesan, pilih Biasa dalam baris tengah kesan.
Lakukan satu daripada yang berikut:
Klik butang Ambil Foto
.
Klik butang Rakam Video
untuk merakamkan filem. Klik butang Berhenti
apabila anda selesai merakam.