Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
![](https://help.apple.com/assets/5C071B77680CE2CF16C4F6E1/5C071B79680CE2CF16C4F6E9/ms_MY/bbbda1938846792d8fc53eb95911df43.png)
Gunakan kesan dalam PhotoBooth pada Mac
Anda boleh menggunakan Photo Booth untuk menambah kesan yang menyeronokkan pada foto dan video anda, seperti sepia atau gaya hitam dan putih.
![Tetingkap Photo Booth menunjukkan halaman kesan seperti Cermin dan butang pelayar di bahagian tengah bawah tetingkap. Butang Kesan muncul di bahagian kanan bawah tetingkap.](https://help.apple.com/assets/5C071B77680CE2CF16C4F6E1/5C071B79680CE2CF16C4F6E9/ms_MY/6dd3028cb9b4b69a822eaff6c1a8dd72.png)
Gunakan kesan
Dalam app Photo Booth
pada Mac anda, jika anda sedang melihat foto atau video, klik butang Lihat Pratonton Foto
atau Lihat Pratonton Video
.
Klik butang Kesan.
Klik butang layari di bahagian bawah tetingkap untuk melihat pratonton kesan.
Klik kesan untuk memilihnya.
Dengan beberapa kesan herotan, penggelongsor muncul apabila anda alih penuding anda ke atas imej. Alih penggelongsor untuk melihat bagaimana herotan mengubah foto atau video.
Jika anda menukar fikiran dan tidak mahu menggunakan kesan, pilih Biasa dalam baris tengah kesan.