Setkan nama pengarang dan warna komen dalam Pages pada Mac
Anda boleh menentukan nama dan warna pengarang yang digunakan untuk mengenal pasti komen dan pengeditan yang anda lakukan apabila penjejakan diaktifkan. Setiap orang menggunakan warna berlainan.
Setkan nama pengarang anda
Anda boleh menukar nama yang muncul dalam komen yang anda lakukan dalam Pages dan untuk perubahan yang dijejak. Nama baharu muncul pada kali seterusnya anda menulis komen dalam dokumen atau membuat perubahan dijejak, serta dalam komen dan perubahan yang anda buat sebelumnya.
Pilih Pages > Seting (daripada menu Pages di bahagian atas skrin anda).
Klik Umum di bahagian atas tetingkap seting.
Masukkan nama dalam medan Pengarang, kemudian tutup tingkap seting.
Nama tidak digunakan pada dokumen yang dikongsi dengan orang lain. Untuk dokumen dikongsi, nama yang muncul dalam komen dan dalam senarai peserta ialah nama yang anda gunakan dengan Apple ID anda. Untuk menukar nama (tanpa menukar Apple ID anda), lawati halaman akaun Apple ID. Selepas anda mendaftar masuk, klik Edit di sebelah kanan maklumat akaun anda, kemudian buat perubahan anda dan klik Selesai.
Penting: Jika anda mengubah nama yang digunakan dengan Apple ID anda, ia muncul dalam semua app dan lokasi lain yang menggunakan Apple ID anda.
Jika anda berhenti berkongsi dokumen, nama pengarang dalam komen dan penjejakan perubahan berubah kembali ke nama pengarang yang anda setkan dalam seting Pages.
Tukar warna pengarang anda
Warna pengarang dikaitkan dengan perubahan yang anda lakukan dan komen yang anda tambah ke dokumen. Anda boleh menukar warna pengarang anda pada bila-bila masa.
Pilih Paparan > Komen & Perubahan > Warna Pengarang (daripada menu Paparan ke bahagian atas &), kemudian pilih warna.
Jika dokumen dibuka, semua komen dan perubahan anda dalam dokumen bertukar ke warna baharu dan sebarang dokumen baharu yang anda cipta menggunakan nama pengarang yang sama menggunakan warna baharu.
Jika anda menggunakan iCloud apabila anda membuat perubahan, sebarang dokumen yang anda kongsi atau sertai menggunakan Apple ID yang sama juga dikemas kini dengan warna baharu.
Apabila perubahan penjejakan diaktifkan, anda juga boleh mengklik dalam bar alat semakan, kemudian pilih warna pengarang.
Nota: Anda mesti menambah komen atau membuat perubahan menggunakan warna baharu untuk menyimpannya dalam seting Pages. Jika anda menutup dokumen tanpa membuat sebarang perubahan, warna pengarang berubah kembali ke warna sebelumnya.