Panduan Pengguna Pages untuk Mac
- Selamat Datang
-
- Gunakan iCloud Drive dengan Pages
- Eksport ke Word, PDF, atau format fail lain
- Buka buku iBooks Author dalam Pages
- Kurangkan saiz fail dokumen
- Simpan dokumen besar sebagai fail pakej
- Pulihkan versi lebih awal dokumen
- Alihkan dokumen
- Padam dokumen
- Kunci dokumen
- Lindungi dokumen dengan kata laluan
- Cipta dan uruskan templat tersuai
- Hak Cipta
Jika pemformatan halaman sering berubah pada Mac
Templat yang anda gunakan untuk bermula mengandungi pemformatan lalai untuk margin, jarak baris dan banyak lagi. Apabila anda membuat perubahan kepada pemformatan, perubahan digunakan hanya kepada teks yang dipilih semasa anda membuat perubahan. Dengan kefleksibelan ini, anda boleh menukar pemformatan di mana-mana sahaja dalam dokumen anda tanpa mempengaruhi pemformatan lain.
Apabila anda menaip dan menekan Return untuk memulakan baris baharu, perenggan seterusnya menggunakan pemformatan yang sama. Jika anda klik jauh daripada teks untuk melaksanakan tugas lain dan kemudian kembali menaip, sentiasa tempatkan titik sisipan selepas huruf terakhir yang anda taip, kemudian tekan bar Space untuk meneruskan penaipan atau tekan Return untuk meneruskan baris seterusnya dengan pemformatan yang sama. Jika anda tidak berbuat demikian dan sebaliknya meletakkan titik sisipan pada permulaan baris seterusnya, pemformatan lalai untuk templat digunakan semula.
Salin pemformatan perenggan
Anda boleh membetulkan pemformatan dengan menyalin pemformatan daripada satu perenggan kepada perenggan lain.
Pilih perenggan yang menggunakan pemformatan yang anda mahukan.
Jika anda mahu menyertakan sebarang perubahan yang anda lakukan kepada jarak baris sebelum atau selepas perenggan, pastikan anda menyertakan simbol perenggan di hujung perenggan (ia tidak kelihatan sehingga anda menyeret penuding anda di atasnya).
Pilih Format > Salin Gaya (daripada menu Format di bahagian atas skrin, bukan bar alat Pages).
Pilih sebahagian teks dalam perenggan yang anda mahu betulkan, kemudian pilih Format > Tampal Gaya.