Panduan Pengguna Pages untuk iPhone
- Selamat Datang
- Baharu dalam Pages 14.0
- Hak Cipta
Gunakan Box dengan Pages pada iPhone
Anda boleh bekerjasama pada dokumen Pages yang disimpan dalam Box. Sama seperti apabila anda bekerjasama pada dokumen yang disimpan dalam iCloud, semua orang boleh bekerja dalam masa nyata dan melihat perubahan semasa ia dibuat. Gunakan kawalan Box untuk mengeset pilihan perkongsian, atau berhenti berkongsi.
Untuk mendapatkan arahan tentang mempratonton, mengedit dan mencipta dokumen Pages semasa didaftar masuk ke akaun Box anda, lihat artikel Sokongan Apple tentang menggunakan iWork dengan Box.
Nota: Dokumen yang disimpan dalam Box tidak menunjukkan pemberitahuan aktiviti dan mungkin tidak menyelaraskan kemas kini terkini merentas peranti anda. Contohnya, aktiviti yang telah anda lihat pada satu peranti mungkin masih ditunjukkan sebagai belum dibaca pada peranti lain.