Panduan Pengguna Pages untuk iPhone
- Selamat Datang
- Baharu dalam Pages 14.0
- Hak Cipta
![](https://help.apple.com/assets/651367DA3D9CAC075E0535D3/651367DB6C7FC499040D6D6C/ms_MY/03c03b9252728796b26f5128a8e700b4.png)
Pengenalan kepada imej, carta dan objek lain dalam Pages pada iPhone
Objek ialah sebarang item yang anda letakkan pada halaman. Jadual, carta, kotak teks, bentuk dan foto ialah contoh objek. Untuk menambahkan objek ke dokumen anda, ketik dalam bar alat, ketik satu daripada butang objek di bahagian atas menu, kemudian pilih objek.
![Kawalan untuk menambah objek, dengan butang di bahagian atas untuk memilih jadual, carta dan bentuk (termasuk garis dan kotak teks) serta media.](https://help.apple.com/assets/651367DA3D9CAC075E0535D3/651367DB6C7FC499040D6D6C/ms_MY/7544ac1d17b375ef8e12209046432cca.png)
Anda boleh menukar rupa objek dengan mengubah suai atribut individu objek tersebut—seperti warna isian, jidar, bayang dan banyak lagi—atau anda boleh menukar rupa keseluruhan objek dengan cepat dengan menggunakan gaya objek diprareka bentuk padanya. Gaya objek ialah gabungan atribut yang direka bentuk agar sepadan dengan templat yang anda gunakan.
Untuk melihat kawalan bagi menukar rupa objek, ketik . Setiap objek mempunyai pilihan pemformatannya sendiri; apabila anda memilih bentuk, contohnya, anda hanya melihat kawalan untuk memformatkan bentuk.
![Menu Gaya Format, dengan gaya objek di bahagian atas dan kawalan di bawahnya untuk menukar jidar.](https://help.apple.com/assets/651367DA3D9CAC075E0535D3/651367DB6C7FC499040D6D6C/ms_MY/e127a7a6014e7e4ff2550f1d289fbe07.png)
Anda boleh melapiskan objek, mensaiz semula dan mengawal cara teks mengalir di sekelilingnya pada halaman. Sebagai contoh, anda boleh membuatkan teks membalut di sekeliling objek, atau meletakkan objek sebaris, supaya ia terletak pada garis yang sama dengan teks dan beralih dengan teks semasa anda menaip. Sesetengah objek juga boleh dibuat sebaris tersarang dengan teks dalam kotak teks atau bentuk.