Panduan Pengguna Pages untuk iPhone
- Selamat Datang
- Baharu dalam Pages 13.2
- Hak Cipta
Setkan format filem untuk dokumen Pages pada iPhone
Pages menyimpan filem dalam format asalnya tanpa mengira sama ada format boleh dilihat pada komputer dan peranti lebih lama. Anda boleh menukar seting pengoptimuman jika anda mahu memastikan video dan imej menggunakan format yang lebih baharu — sebagai contoh, Pengekodan Video Kecekapan Tinggi (HEVC) atau Apple ProRes — boleh dilihat pada sebarang komputer atau peranti.
Optimumkan format video
Pages boleh menukarkan video HEVC dan ProRes yang anda tambah ke dokumen anda menjadi H.264, pemampatan video standard yang boleh dimainkan pada kebanyakan peranti Mac, iPhone dan iPad.
Ketik , kemudian ketik Seting.
Aktifkan Optimumkan Filem untuk Peranti Lebih Lama.
Seting ini digunakan hanya pada filem yang anda tambah mulai sekarang dan bukan pada sebarang filem sedia ada dalam dokumen anda.
Nota: Versi iOS yang lebih awal daripada iOS 13 tidak menyokong kelutsinaran dalam filem HEVC dan ProRes, jadi jika filem HEVC atau ProRes anda mempunyai kelutsinaran (contohnya, dalam latar belakang), apa-apa sahaja yang dikodkan dalam filem (contohnya, hitam) ditunjukkan.