Panduan Pengguna Pages untuk iPhone
- Selamat Datang
- Hak Cipta
![](https://help.apple.com/assets/5F3C058C680CE2DD1AEA2237/5F3C05BC680CE2DD1AEA2278/ms_MY/741bdf387ad36863074d18ff2381d432.png)
Setkan jarak baris dan perenggan dalam Pages pada iPhone
Anda boleh menambah atau mengurangkan jarak antara baris dalam perenggan dan sebelum serta selepas perenggan.
Setkan jarak baris
Ketik dalam perenggan atau pilih teks tertentu, atau ketik kotak teks atau bentuk dengan teks.
Anda tidak boleh melaraskan jarak baris untuk teks dalam sel jadual.
Nota: Jika anda menggunakan gaya perenggan dalam dokumen anda dan mahu memasukkan pertukaran jarak baris dalam gaya perenggan, seret melepasi aksara terakhir dalam perenggan untuk menyertakan simbol pemformatan (ia tidak kelihatan sehingga anda menyeret ke atasnya). Lihat Pengenalan kepada simbol pemformatan.
Ketik
(kemudian ketik Teks jika anda pilih kotak teks atau bentuk).
Ketik Jarak Baris, kemudian ketik
bersebelahan Jarak untuk menurunkan atau meningkatkan jarak.
Setkan jarak perenggan
Anda boleh mengawal jumlah jarak yang muncul sebelum satu atau lebih perenggan.
Ketik dalam perenggan atau pilih teks tertentu, atau ketik kotak teks atau bentuk dengan teks.
Nota: Jika anda menggunakan gaya perenggan dalam dokumen anda dan mahu memasukkan pertukaran jarak baris dalam gaya perenggan, seret melepasi aksara terakhir dalam perenggan untuk menyertakan simbol pemformatan (ia tidak kelihatan sehingga anda menyeret ke atasnya). Lihat Pengenalan kepada simbol pemformatan.
Ketik
(kemudian ketik Teks jika anda pilih kotak teks atau bentuk).
Ketik
bersebelahan Sebelum atau Selepas untuk mengurangkan atau meningkatkan jarak.