Panduan Pengguna Pages untuk iPhone
- Selamat Datang
- Baharu dalam Pages 14.2
- Hak Cipta
Gerakkan baris dan lajur jadual dalam Pages pada iPhone
Anda boleh memindahkan mana-mana baris dan lajur dalam jadual, tetapi ia mungkin diformatkan semula apabila anda mengalihkannya. Sebagai contoh, apabila anda memindahkan baris pengepala dan pengaki ke isi jadual, ia diformatkan semula sebagai baris isi dan sebaliknya.
Nota: Jika jadual lebih panjang daripada halaman, anda tidak boleh mengerakkan barisnya. Terlebih dahulu, anda perlu keluarkan sesetengah baris supaya jadual muat pada satu halaman.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Alihkan baris: Selepas memilih baris, sentuh dan tahan nombor baris yang dipilih sehingga baris kelihatan terangkat daripada jadual, kemudian seretnya ke atas atau bawah baris lain.
Alihkan lajur: Selepas memilih lajur, sentuh dan tahan huruf lajur sehingga lajur kelihatan terangkat daripada jadual, kemudian seretnya ke kanan atau kiri lajur lain.