Pages
Panduan Pengguna Pages untuk iPhone
- Selamat Datang
- Baharu dalam Pages 14.1
- Hak Cipta
![](https://help.apple.com/assets/65E61563AAB360A8BF0618F2/65E61565AAB360A8BF0618F8/ms_MY/03c03b9252728796b26f5128a8e700b4.png)
Edit video dan audio dalam Pages pada iPhone
Secara lalai, fail video atau audio dimainkan satu kali apabila anda mengetik butang Main . Anda boleh menjadikannya berulang dalam gelung dan melaraskan kelantangannya.
Setkan gelung video atau audio
Ketik untuk memilih video atau audio pada halaman.
Ketik
, kemudian ketik Filem atau Audio.
Untuk mengesetkan media untuk berulang, pilih cara anda mahu ia dimainkan:
Mainkan dalam gelung berterusan: Ketik Gelung.
Mainkan ke depan dan kemudian ke belakang: Ketik Gelung Berulang-alik.
Nota: Audio dirakam tidak boleh gelung berulang-alik.
Laraskan kelantangan main balik
Ketik untuk memilih video atau audio pada halaman.
Ketik
, kemudian ketik Filem atau Audio.
Seret gelangsar Kelantangan.
Terima kasih atas maklum balas anda.