Cipta dan gunakan halaman induk dalam Pages pada iPhone
Templat tataletak halaman, termasuk templat buku dalam orientasi landskap, gunakan halaman induk sebagai titik permulaan untuk setiap halaman dalam dokumen. Setiap templat tataletak halaman mempunyai satu halaman induk kosong dan templat buku juga mempunyai pelbagai halaman induk direka bentuk dengan unsur ruang letak.
Apabila anda menambah halaman baru ke dokumen, anda memilih halaman induk, kemudian tambah kandungan anda sendiri. Perubahan yang anda buat dalam dokumen anda tidak mempengaruhi halaman induk.
Dalam paparan Edit Halaman Induk, anda boleh mencipta dan mereka bentuk halaman induk baru dan mengubah suai halaman induk sedia ada.
Tambah halaman induk baru
Untuk mencipta halaman induk baru, anda menduplikasi halaman induk sedia ada, menamakannya, kemudian mengubah suainya. Sebarang halaman yang dipautkan kepada halaman induk asal tidak dipengaruhi.
Ketik butang nombor halaman di bahagian bawah skrin untuk membuka paparan Imej Kecil Halaman.
Sentuh dan tahan sebarang halaman, angkat jari anda, kemudian ketik Edit Halaman Induk.
Ketik Tunjukkan Halaman Induk, kemudian ketik Tambah Halaman Induk.
Ketik halaman induk yang anda mahu gunakan sebagai titik permulaan, kemudian ketik Pilih di penjuru kanan atas.
Jika hanya terdapat satu halaman induk, ia dipilih secara automatik.
Taipkan nama untuk induk baru, kemudian ketik Selesai di penjuru kanan atas.
Induk baru muncul dengan induk lain.
Pastikan induk baru dipilih, kemudian leret ke bawah untuk menutup paparan.
Induk baru muncul sendirian dalam paparan mengedit.
Ubah suai halaman dengan menambah, memadam atau mengedit teks, ruang letak, imej, bentuk dan objek lain.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat “Edit halaman induk,” di bawah.
Ketik Selesai di bahagian atas skrin untuk kembali ke dokumen.
Edit halaman induk
Apabila anda mengedit halaman induk, sebarang perubahan anda buat digunakan pada semua halaman yang menggunakan induk itu.
Ketik nombor di bahagian bawah skrin untuk membuka paparan Imej Kecil Halaman.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Jika halaman induk digunakan dalam dokumen: Sentuh dan tahan halaman yang menggunakan induk, angkat jari anda, kemudian ketik Edit Halaman Induk.
Jika halaman induk belum digunakan dalam dokumen: Ketik di bahagian atas paparan, pilih induk yang anda mahu edit, kemudian ketik Pilih. Dengan halaman yang anda baru tambah dipilih dalam paparan Imej Kecil Halaman, leret ke bawah untuk menutup paparan Imej Kecil Halaman. Ketik , kemudian skrol ke bawah dan ketik Edit Halaman Induk.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Ubah suai unsur reka bentuk sedia ada: Keluarkan sebarang unsur reka bentuk pada halaman, atau pilih objek, ketik , kemudian gunakan kawalan pemformatan untuk mengedit. Untuk mengetahui cara menukar latar belakang halaman induk, lihat Tukar latar belakang halaman.
Menambah imej: Untuk menambah imej ruang letak, ketik , kemudian ketik . Sebarang imej yang anda tambahkan pada ruang letak dalam dokumen anda mempunyai saiz dan peletakan yang sama pada halaman seperti imej ruang letak.
Tambah kotak teks: Untuk menambah kotak teks ruang letak, ketik , ketik , kemudian ketik kategori Asas, kemudian ketik Teks. Pilih kotak teks baru, ketik , kemudian gunakan kawalan pemformatan untuk menggayakannya: tambah jidar, pilih saiz dan fon untuk teks dan seterusnya. Sebarang teks yang anda taip dalam kotak teks dalam dokumen anda mempunyai gaya sama yang anda gunakan pada kotak teks ruang letak.
Namakan semula: Ketik Tunjukkan Halaman Induk, kemudian ketik imej kecil halaman induk yang anda mahu namakan semula. Ketiknya lagi, ketik Namakan Semula, kemudian taipkan nama baru. Ketik Selesai di bahagian atas skrin, kemudian leret ke bawah untuk menutup paparan Imej Kecil Halaman.
Setkan cara pengepala dan pengaki muncul pada halaman: Dengan tiada pilihan dipilih pada halaman induk, ketik , kemudian aktifkan atau nyahaktifkan Tunjukkan Pengepala & Pengaki. Jika anda tidak mahu pengepala atau pengaki dipadankan dengan perkara pada halaman sebelumnya, nyahaktifkan Padankan dengan Halaman Sebelumnya. Ketik di luar kawalan untuk menutup menu timbul.
Jika anda tidak melihat kawalan ini, atau jika ia dimalapkan, mula-mula aktifkan pengepala dan pengaki untuk dokumen dan semak seting untuk halaman sebelumnya.
Ketik Selesai di bahagian atas skrin untuk kembali ke dokumen.
Namakan semula halaman induk
Ketik nombor di bahagian bawah skrin untuk membuka paparan Imej Kecil Halaman.
Sentuh dan tahan halaman yang menggunakan induk yang anda mahu namakan semula, angkat jari anda, kemudian ketik Edit Halaman Induk.
Ketik Tunjukkan Halaman Induk, kemudian ketik imej kecil halaman induk yang anda mahu namakan semula.
Ketik imej kecil lagi, ketik Namakan Semula, kemudian taipkan nama baru.
Ketik Selesai di bahagian atas skrin, kemudian leret ke bawah untuk menutup paparan Imej Kecil Halaman.
Ketik Selesai di bahagian atas skrin untuk kembali ke dokumen.
Tag objek untuk memudahkan pertukaran halaman induk
Anda boleh tag item ruang letak (imej dan kotak teks) pada halaman induk untuk memudahkan anda untuk bertukar induk halaman dalam dokumen anda. Tag “memberitahu” kandungan tempat untuk pergi apabila anda bertukar induk bagi halaman. Sebagai contoh, imej yang berada dalam ruang letak dengan tag “media” berpindah ke dalam ruang letak dalam induk baru yang juga mempunyai tag “media” secara automatik.
Jika anda mencipta halaman induk baru dalam templat buku dengan halaman induk direka bentuk, semak halaman induk lain untuk melihat tag apa yang ia telah gunakan, kemudian gunakan tag yang sama, atau gantikannya dengan tag anda sendiri.
Ketik butang nombor halaman di bahagian bawah skrin untuk membuka paparan Imej Kecil Halaman.
Sentuh dan tahan halaman yang menggunakan induk yang anda mahu tag (atau sebarang halaman jika induk yang anda mahu tidak digunakan), angkat jari anda, kemudian ketik Edit Halaman Induk.
Paparan Edit Halaman Induk terbuka, menunjukkan halaman induk halaman yang anda ketik. Jika anda mahu tag induk berbeza, ketik Tunjukkan Halaman Induk, ketik yang anda mahu, kemudian leret ke bawah untuk menutup paparan.
Pilih objek pada halaman induk yang anda mahu tag.
Ketik , kemudian ketik tab Gaya.
Skrol ke bawah, kemudian ketik Tag dan taipkan tag.
Ketik untuk menutup kawalan.
Apabila anda selesai tag objek, ketik Selesai.
Gunakan halaman induk berlainan
Anda boleh menggunakan halaman induk berlainan ke sebarang halaman dalam dokumen anda. Lihat “Tag objek memudahkan pertukaran halaman induk”, di atas untuk mengetahui cara tag kotak teks dan objek lain bagi membuatkan pertukaran berlaku dengan lancar.
Ketik di mana-mana dalam tempat kosong pada halaman (jadi tiada pilihan dipilih pada halaman), atau ketik imej kecil dalam paparan Imej Kecil Halaman.
Ketik , kemudian ketik Induk.
Jika anda tidak nampak Induk, pastikan tiada pilihan pada halaman dipilih dan cuba lagi.
Ketik halaman induk yang anda mahu gunakan, kemudian ketik Pilih.
Laraskan kandungan pada halaman mengikut keperluan untuk memenuhi tataletak yang baru.
Gunakan semula halaman induk
Jika anda membuat perubahan ke format halaman dan kemudian mahu menggunakan pemformatan asal halaman induknya, anda boleh menggunakan semula halaman induk. Menggunakan semua halaman induk tidak akan memadamkan kandungan anda.
Ketik butang nombor halaman di bahagian bawah skrin untuk membuka paparan Imej Kecil Halaman.
Sentuh dan tahan imej kecil halaman yang anda mahu tukar, angkat jari anda, kemudian ketik Gunakan Semula Induk pada Halaman (ketik sehingga anda melihatnya).
Buat sebarang pelarasan yang diperlukan ke kandungan halaman.
Padam halaman induk
Ketik butang nombor halaman di bahagian bawah skrin untuk membuka paparan Imej Kecil Halaman.
Sentuh dan tahan halaman yang menggunakan induk, angkat jari anda, kemudian ketik Edit Halaman Induk (anda mungkin perlu mengetik untuk melihatnya).
Ketik Tunjukkan Halaman Induk di bahagian bawah skrin, kemudian ketik imej kecil halaman induk yang anda mahu padamkan.
Ketik imej kecil lagi, kemudian ketik Padam.
Jika halaman dalam dokumen dipautkan ke halaman induk ini, pilih halaman induk baru untuk halaman tersebut dalam dialog yang muncul, kemudian klik Pilih.
Leret ke bawah untuk menutup paparan ini, kemudian ketik Selesai di penjuru kanan atas untuk kembali ke dokumen.
Petua: Apabila anda menyalin halaman antara dokumen, sebarang halaman induk yang digunakan oleh halaman disalin juga disertakan.