Cari dan gantikan teks dalam Pages pada iPad
Anda boleh mencari perkataan, frasa, nombor dan aksara tertentu dan menggantikan hasil carian secara automatik dengan kandungan baharu yang anda tentukan. Semua kandungan boleh dilihat dalam dokumen—teks isi utama, pengepala dan pengaki, jadual, kotak teks, bentuk, nota kaki dan nota hujung dan komen—disertakan dalam carian.
Cari teks khusus
Ketik , kemudian ketik Cari.
Dalam medan carian, masukkan perkataan atau frasa yang anda mahu cari.
Padanan diserlahkan semasa anda memasukkan teks. Anda boleh mengetik untuk menyembunyikan papan kekunci.
Untuk mencari hanya perkataan yang sepadan dengan huruf besar yang anda nyatakan, atau mengehadkan hasil carian untuk perkataan penuh yang anda masukkan, ketik , kemudian aktifkan Perkataan Penuh atau Padan Huruf.
Ketik anak panah untuk mencari padanan seterusnya atau sebelumnya.
Ketik mana-mana dalam dokumen untuk menutup hasil carian.
Gantikan teks yang ditemui
Ketik , kemudian ketik Cari.
Ketik di sebelah kiri medan carian, kemudian ketik Cari dan Ganti.
Anda boleh memilih pilihan lain, seperti Padan Huruf dan Perkataan Penuh, untuk memperincikan carian anda.
Masukkan perkataan atau frasa dalam medan pertama.
Padanan diserlahkan semasa anda memasukkan teks. Padanan pertama dipilih dan diserlahkan dalam kuning.
Masukkan perkataan atau frasa gantian dalam medan kedua.
Penting: Jika anda membiarkan medan kedua kosong, teks yang ditemui dipadamkan apabila anda mengetik Gantikan.
Semak dan tukar padanan teks:
Beralih ke padanan sebelumnya atau seterusnya tanpa membuat perubahan: Ketik anak panah.
Gantikan padanan yang dipilih: Ketik Gantikan.
Gantikan semua padanan teks dengan teks gantian: Sentuh dan tahan Gantikan, kemudian ketik Gantikan Semua.
Menggantikan nilai jadual mengemas kini nilai yang dipaparkan dan juga nilai dasar. Contohnya, jika anda menggantikan “1/2” dengan “1/3,” nilai dasar bertukar daripada “0.5” kepada “0.333333”.
Anda tidak boleh menggantikan teks yang sepadan dalam sel jadual yang mengandungi formula.