Panduan Pengguna Pages untuk iPad
- Selamat Datang
-
- Pengenalan kepada Pages
- Pemprosesan perkataan atau tataletak halaman?
- Pengenalan kepada imej, carta dan objek lain
- Cari dokumen
- Buka dokumen
- Simpan dan namakan dokumen
- Cetak dokumen atau sampul
- Salin teks dan objek antara app
- Gerak isyarat skrin sentuh asas
- Gunakan Apple Pencil dengan Pages
- Cipta dokumen menggunakan VoiceOver
- Hak Cipta
Cipta senarai secara automatik dalam Pages pada iPad
Pages mengesan apabila anda menaip senarai dan menambahkan beberapa pemformatan asas semasa anda menaip.
Cipta senarai secara automatik
Ketik tempat yang anda mahukan senarai bermula, kemudian taipkan sempang, huruf atau nombor yang diikuti dengan noktah (contohnya, 1. atau A.).
Masukkan item pertama dalam senarai anda, ketik Return, kemudian terus masukkan senarai item, mengetik Return selepas setiap satu.
Secara automatik, setiap baris baru dimulakan dengan aksara sama yang anda gunakan pada mulanya. Nombor dan huruf menaik mengikut turutan.
Untuk menamatkan senarai, ketik Return dua kali.
Anda juga boleh memformatkan teks sebagai senarai dengan memilih teks dan kemudian menggunakan gaya senarai dalam Bulet & Senarai. Untuk lebih banyak pilihan pemformatan, lihat Formatkan senarai.
Jika anda tidak mahu Pages untuk mencipta senarai secara automatik, ketik , klik Seting, kemudian nyahaktifkan Kesan Auto Senarai.