Cipta dan gunakan halaman induk dalam Pages pada iPad
Templat tataletak halaman, termasuk templat buku dalam orientasi landskap, gunakan halaman induk sebagai titik permulaan untuk setiap halaman dalam dokumen. Setiap templat tataletak halaman mempunyai satu halaman induk kosong dan templat buku juga mempunyai pelbagai halaman induk direka bentuk dengan unsur ruang letak.
Apabila anda menambah halaman baru ke dokumen, anda memilih halaman induk, kemudian tambah kandungan anda sendiri. Perubahan yang anda buat dalam dokumen anda tidak mempengaruhi halaman induk.
Dalam paparan Edit Halaman Induk, anda boleh mencipta dan mereka bentuk halaman induk baru dan mengubah suai halaman induk sedia ada.
Tambah halaman induk baru
Untuk mencipta halaman induk baru, anda menduplikasi halaman induk sedia ada, menamakannya, kemudian mengubah suainya. Sebarang halaman yang dipautkan kepada halaman induk asal tidak dipengaruhi.
Ketik , aktifkan Imej Kecil Halaman, kemudian ketik dokumen untuk menutup pilihan.
Ketik imej kecil lagi, kemudian ketik Edit Halaman Induk.
Ketik di bahagian bawah skrin, kemudian ketik halaman induk yang anda mahu gunakan sebagai titik permulaan.
Taipkan nama untuk induk baru, kemudian ketik Selesai di bahagian atas skrin.
Ubah suai halaman dengan menambah, memadam atau mengedit teks, ruang letak, imej, bentuk dan objek lain.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat “Edit halaman induk,” di bawah.
Ketik Selesai di bahagian atas skrin untuk kembali ke dokumen.
Edit halaman induk
Apabila anda mengedit halaman induk, sebarang perubahan anda buat digunakan pada semua halaman yang menggunakan induk itu.
Ketik , aktifkan Imej Kecil Halaman, kemudian ketik dokumen untuk menutup pilihan.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Jika halaman induk digunakan dalam dokumen: Ketik imej kecil halaman yang menggunakan halaman induk anda mahu edit, ketik lagi, kemudian ketik Edit Halaman Induk.
Jika halaman induk belum digunakan dalam dokumen: Ketik di bahagian bawah skrin, kemudian ketik halaman induk yang anda mahu edit. Ketik imej kecil, kemudian ketik Edit Halaman Induk.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Namakan semula: Ketik imej kecil halaman induk, ketik Namakan Semula, kemudian taipkan nama baru. Ketik Selesai di bahagian atas skrin.
Ubah suai unsur reka bentuk sedia ada: Keluarkan sebarang unsur reka bentuk pada halaman, atau pilih objek, ketik , kemudian gunakan kawalan pemformatan untuk mengedit. Untuk mengetahui cara menukar latar belakang halaman induk, lihat Tukar latar belakang halaman.
Menambah imej: Untuk menambah imej ruang letak, ketik , kemudian ketik . Sebarang imej yang anda tambahkan pada ruang letak dalam dokumen anda mempunyai saiz dan peletakan yang sama pada halaman seperti imej ruang letak.
Tambah kotak teks: Untuk menambah kotak teks ruang letak, ketik , ketik , kemudian ketik kategori Asas, kemudian ketik Teks. Pilih kotak teks baru, ketik , kemudian gunakan kawalan pemformatan untuk menggayakannya: tambah jidar, pilih saiz dan fon untuk teks dan seterusnya. Sebarang teks yang anda taip dalam kotak teks dalam dokumen anda mempunyai gaya sama yang anda gunakan pada kotak teks ruang letak.
Setkan cara pengepala dan pengaki muncul pada halaman: Dengan tiada pilihan dipilih pada halaman induk, ketik , kemudian aktifkan atau nyahaktifkan Tunjukkan Pengepala & Pengaki. Jika anda tidak mahu pengepala atau pengaki dipadankan dengan perkara pada halaman sebelumnya, nyahaktifkan Padankan dengan Halaman Sebelumnya. Ketik di luar kawalan untuk menutupnya.
Jika anda tidak melihat kawalan ini, atau jika ia dimalapkan, mula-mula aktifkan pengepala dan pengaki untuk dokumen dan semak seting untuk halaman sebelumnya.
Ketik Selesai di bahagian atas skrin untuk kembali ke dokumen.
Namakan semula halaman induk
Ketik , aktifkan Imej Kecil Halaman, kemudian ketik dokumen untuk menutup pilihan.
Ketik imej kecil lagi, kemudian ketik Edit Halaman Induk.
Jika ia belum dipilih, ketik imej kecil halaman induk yang anda mahu namakan semula.
Ketik imej kecil lagi, ketik Namakan Semula, kemudian taipkan nama baru.
Ketik Selesai di bahagian atas skrin, kemudian ketik Selesai untuk kembali ke dokumen.
Tag objek untuk memudahkan pertukaran halaman induk
Anda boleh tag item ruang letak (imej dan kotak teks) pada halaman induk untuk memudahkan anda untuk bertukar induk halaman dalam dokumen anda. Tag “memberitahu” kandungan tempat untuk pergi apabila anda bertukar induk bagi halaman. Sebagai contoh, imej yang berada dalam ruang letak dengan tag “media” berpindah ke dalam ruang letak dalam induk baru yang juga mempunyai tag “media” secara automatik.
Jika anda mencipta halaman induk baru dalam templat buku dengan halaman induk direka bentuk, semak halaman induk lain untuk melihat tag apa yang ia telah gunakan, kemudian gunakan tag yang sama, atau gantikannya dengan tag anda sendiri.
Ketik , aktifkan Imej Kecil Halaman, kemudian ketik dokumen untuk menutup pilihan.
Ketik , kemudian ketik Edit Halaman Induk.
Paparan Edit Halaman Induk terbuka dengan imej kecil halaman induk di sebelah kiri.
Ketik imej kecil halaman induk yang anda mahu tag, kemudian ketik objek.
Ketik , kemudian ketik tab Gaya.
Skrol ke bawah, kemudian ketik Tag dan taipkan tag.
Apabila anda selesai tag objek, ketik Selesai.
Gunakan halaman induk berlainan
Anda boleh menggunakan halaman induk berlainan ke sebarang halaman dalam dokumen anda. Lihat “Tag objek memudahkan pertukaran halaman induk”, di atas untuk mengetahui cara tag kotak teks dan objek lain bagi membuatkan pertukaran berlaku dengan lancar.
Ketik di mana-mana dalam tempat kosong pada halaman (jadi tiada pilihan dipilih pada halaman), atau ketik imej kecil dalam paparan Imej Kecil Halaman.
Ketik , kemudian ketik Induk.
Jika anda tidak nampak Induk, pastikan tiada pilihan pada halaman dipilih dan cuba lagi.
Ketik halaman induk yang anda mahu gunakan.
Laraskan kandungan pada halaman mengikut keperluan untuk memenuhi tataletak yang baru.
Gunakan semula halaman induk
Jika anda membuat perubahan ke format halaman dan kemudian mahu menggunakan pemformatan asal halaman induknya, anda boleh menggunakan semula halaman induk. Menggunakan semua halaman induk tidak akan memadamkan kandungan anda.
Ketik dan aktifkan Imej Kecil Halaman, kemudian ketik dokumen untuk menutup pilihan.
Ketik imej kecil halaman yang anda mahu tukar, kemudian ketik Gunakan Semula Induk ke Halaman.
Buat sebarang pelarasan yang diperlukan ke kandungan halaman.
Padam halaman induk
Ketik , aktifkan Imej Kecil Halaman, kemudian ketik dokumen untuk menutup pilihan.
Ketik , kemudian ketik Edit Halaman Induk.
Jika anda tidak nampak Edit Halaman Induk, pastikan tiada pilihan pada halaman dipilih.
Dalam paparan Edit Halaman Induk, ketik imej kecil halaman induk yang anda mahu padamkan, ketiknya sekali lagi, kemudian ketik Padam.
Jika halaman dalam dokumen dipautkan ke halaman induk ini, pilih halaman induk baru untuk halaman tersebut dalam dialog yang muncul, kemudian klik Pilih.
Ketik Selesai di penjuru kanan atas skrin untuk kembali ke dokumen.
Petua: Apabila anda menyalin halaman antara dokumen, sebarang halaman induk yang digunakan oleh halaman disalin juga disertakan.