Tambah atau padamkan jadual dalam Pages pada iPad
Pages mempunyai beberapa gaya jadual yang anda boleh gunakan untuk membentangkan maklumat. Selepas anda menambahkan jadual, anda boleh menyesuaikannya mengikut pilihan anda.
Tambah jadual baharu
Dalam dokumen pemprosesan perkataan, anda boleh menambah jadual baharu dalam teks isi supaya ia beralih dengan teks semasa anda menaip, atau letakkannya sebagai objek terapung pada halaman supaya anda boleh menempatkannya secara bebas dan ia tidak beralih semasa anda mengedit teks.
Dalam dokumen tataletak halaman, jadual baharu sentiasa ditambah pada halaman supaya anda boleh mengalihkannya secara bebas.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Letakkan jadual dengan teks: Ketik dalam teks di tempat yang anda mahukan jadual ditetapkan. Ini akan mengesetkan jadual untuk beralih dengan teks, jadi jika anda menaip di depan jadual, jadual akan bergerak ke bawah. Apabila jadual ditambahkan, ia akan mempunyai penjajaran yang sama seperti perenggan, jadi jika perenggan dijajarkan ke kiri atau kanan, anda tidak boleh memusatkan jadual pada halaman.
Letakkan jadual agar ia boleh digerakkan dengan bebas: Ketik di tempat lain selain daripada teks agar tiada titik sisipan teks. Selepas jadual ditambahkan, anda boleh menempatkannya mengikut keinginan anda—ia tidak ditetapkan dalam teks.
Ketik , kemudian ketik .
Leret ke kanan dan kiri untuk melihat lebih banyak pilihan gaya. Pilihan tataletak jadual praset direka bentuk untuk sepadan dengan templat yang anda gunakan.
Ketik jadual untuk menambahnya pada halaman.
Untuk menambah kandungan pada sel, dwiketik sel, kemudian taip; apabila anda selesai, ketik untuk tutup papan kekunci.
Untuk gerakkan jadual, ketiknya, kemudian seret di penjuru kiri atasnya.
Nota: Jika jadual tidak bergerak bebas, ia disetkan untuk beralih dengan teks semasa anda menaip. Untuk nyahaktifkan seting ini, pilih jadual, ketik , ketik tab Susun, kemudian ketik untuk nyahaktifkan Alihkan dengan Teks.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Tambah atau keluarkan baris: Ketik jadual, ketik di penjuru kiri bawah jadual, kemudian ketik anak panah.
Saiz semula jadual: Ketik jadual, ketik di penjuru kiri atas, kemudian seret titik biru di penjuru kiri bawah untuk menukar saiz jadual secara berkadar.
Tukar seting warna baris bersilih ganti: Ketik jadual, ketik , ketik Jadual, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan Baris Bersilih Ganti.
Tukar rupa jadual: Ketik jadual, ketik , kemudian gunakan kawalan pemformatan untuk membuat perubahan.
Anda juga boleh salin jadual daripada dokumen lain atau daripada Keynote atau Numbers.
Cipta jadual daripada sel sedia ada
Apabila anda mencipta jadual baharu daripada sel dalam jadual sedia ada, data sel asal dialihkan, bukan disalin. Jadual asal dibiarkan dengan sel kosong, yang anda boleh padam.
Pilih sel dengan data yang anda mahu gunakan untuk mencipta jadual baru.
Sentuh dan tahan pilihan sehingga ia kelihatan terangkat, kemudian seretnya ke kedudukan baharu dalam dokumen.
Untuk memadam sel kosong daripada jadual asal, pilih sel kosong, kemudian ketik Padam.
Padamkan jadual
Ketik jadual, ketik di penjuru kiri atas, kemudian ketik Padam.
Salin dan tampal jadual
Ketik jadual, kemudian ketik di penjuru kiri atas.
Ketik Salin.
Ketik sekali untuk menyahpilih jadual, ketik pinggir skrin berhampiran tempat anda mahukan salinan muncul, kemudian ketik Tampal.
Salinan mempunyai seting peletakan yang sama seperti yang asal—sama ada ia bergerak secara bebas atau ditetapkan dalam teks (disetkan untuk “Alihkan dengan Teks”).
Jadual hanya mengalir ke halaman seterusnya dalam dokumen pemprosesan perkataan. Jika jadual anda dipotong dan anda mengusahakan dokumen pemprosesan perkataan, pilih jadual, kemudian, dalam tab Susun daripada bar sisi Format , pilih Alihkan dengan Teks.