Panduan Pengguna Numbers untuk Mac
- Selamat Datang
-
- Pengenalan kepada Numbers
- Pengenalan kepada imej, carta dan objek lain
- Cipta hamparan
- Buka atau tutup hamparan
- Peribadikan templat
- Gunakan helaian
- Buat asal atau buat semula perubahan
- Simpan hamparan anda
- Cari hamparan
- Padamkan hamparan
- Cetak hamparan
- Tukar latar belakang helaian
- Touch Bar untuk Numbers
- Gunakan VoiceOver untuk mencipta hamparan
-
- Gunakan iCloud dengan Numbers
- Import fail Excel atau teks
- Eksport ke Excel atau format fail lain
- Kurangkan saiz fail hamparan
- Simpan hamparan besar sebagai fail pakej
- Pulihkan versi lebih awal hamparan
- Alihkan hamparan
- Kunci hamparan
- Lindungi hamparan dengan kata laluan
- Cipta dan uruskan templat tersuai
- Hak Cipta
Alihkan, saiz semula dan putar carta dalam Numbers pada Mac
Alihkan carta
Klik carta, kemudian seret dari tengah untuk menggerakkan carta (jangan seret segi empat putih pada jidar).
Semasa anda menyeret, panduan penjajaran kuning membantu anda menempatkan carta secara relatif kepada objek lain pada helaian.
Jika anda tidak melihat panduan penjajaran, anda boleh mengaktifkannya. Pilih Numbers > Keutamaan (daripada menu Numbers di bahagian atas skrin anda), kemudian klik Pembaris dan pilih panduan yang anda mahu muncul.
Saiz semula carta
Klik carta.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Ubah kedalaman atau lebar carta: Seret segi empat putih di tengah jidar teratas atau terbawah untuk menukar kedalaman carta; seret segi empat di tengah jidar kanan atau kiri untuk menukar kelebaran carta.
Saiz semula kedua-dua dimensi secara serentak: Seret segi empat putih di penjuru carta. Untuk mengekalkan perkadaran carta, Shift-seret segi empat tersebut.
Setkan saiz tertentu untuk carta: Dalam bar sisi Format , klik Susun. Dalam bahagian Saiz pada bar sisi, taipkan nilai dalam medan Lebar dan Tinggi atau klik anak panah bersebelahan medan untuk mengesetkan dimensi khusus.
Putar carta 3D
Anda boleh memutar carta 3D untuk melaraskan sudut dan orientasinya.
Klik carta, kemudian seret .
Jika carta 3D tidak mempunyai kawalan putaran, carta itu mungkin dikunci. Untuk memutarkan carta, anda perlu buka kuncinya terlebih dahulu.