Baharu dalam Numbers 13.2 pada Mac
Objek 3D. (13.2) Tambah dan edit objek 3D yang mensimulasikan kesan pencahayaan semula jadi, pelorekan dan tekstur. Anda boleh menambahkan objek 3D yang dicipta dengan perisian 3D atau imbasan 3D dalam format fail USDA, USDC dan USDZ. Selepas anda menambahkan objek 3D ke hamparan, anda boleh mensaiznya semula, memainkan animasi terbenamnya dan memutarkannya di sepanjang paksi x, y dan z. Lihat Tambah objek 3D.
Imej SVG. (13.1) Tambahkan imej Grafik Vektor Boleh Skala (SVG) ke hamparan anda dan kekalkan kualiti visual pada sebarang saiz. Anda boleh memecahkan imej SVG yang diimport kepada bentuk, mengedit dan menggabungkannya seperti bentuk lain dan menyimpannya ke pustaka bentuk anda untuk digunakan kemudian. Lihat Tambahkan imej dan Pecahkan imej SVG menjadi bentuk.
Kongsi hamparan. (13.1) Kongsi dan eksport hamparan Numbers anda dengan cepat dalam format berbeza terus daripada menu Kongsi. Anda boleh menghantar salinan hamparan menggunakan AirDrop, Mail, Mesej atau perkhidmatan lain. Anda juga boleh menghantar salinan dalam format lain, seperti PDF, Microsoft Excel, CSV, TSV dan banyak lagi. Lihat Hantar hamparan.
Sejarah versi
Kami kerap mengemas kini Numbers pada Mac. Kemas kini adalah terkumpul, jadi apabila anda menggunakan versi terkini Numbers, ia mempunyai semua ciri terbaharu. Anda boleh melihat semua ciri baharu yang disertakan dengan setiap keluaran di bawah.
Numbers 13.2
Bawakan dimensi baharu ke hamparan anda dengan objek 3D dalam format USDZ.
Keluarkan jidar luaran pada carta yang diimport daripada fail Microsoft Office.
Numbers 13.1
Tunjukkan label ringkasan jumlah kecil dalam bar bertindan, lajur dan carta kawasan.
Tambahkan grafik vektor boleh skala (SVG) ke hamparan anda dan kekalkan kualiti visual pada sebarang saiz.
Pecahkan imej SVG yang diimport dan simpannya ke pustaka bentuk anda untuk kegunaan masa depan.
Numbers 13.0
Eksport dan hantar salinan hamparan anda dalam format berbeza terus daripada menu Kongsi.
Prestasi dipertingkatkan untuk hamparan yang besar pada komputer Mac dengan Apple silicon.
Menyertakan peningkatan dan pembetulan pepijat untuk aktiviti kerjasama.
Numbers 12.2
Paparan aktiviti serba baharu menunjukkan perubahan terkini dalam hamparan kerjasama, termasuk apabila orang menyertai, meninggalkan komen dan membuat pengeditan.
Dapatkan pemberitahuan apabila orang lain menyertai atau membuat perubahan dalam hamparan dikongsi anda.
Kongsi hamparan dalam Mesej untuk mula bekerjasama dengan pasukan anda serta-merta dan lihat kemas kini terus dalam perbualan Mesej.*
Hantar mesej atau mulakan panggilan FaceTime terus daripada hamparan kerjasama.*
Gunakan menu Fail untuk mengurus hamparan dikongsi anda atau menghantar salinan.
Bandingkan nilai dan gabungkan teks dengan fungsi baharu, termasuk BITAND, BITOR, BITXOR, BITLSHIFT, BITRSHIFT, ISOWEEKNUM, CONCAT, TEXTJOIN dan SWITCH.
Keluarkan latar belakang imej secara automatik untuk mengasingkan subjeknya.*
Numbers 12.1
Prestasi dipertingkatkan semasa memasukkan baris dan lajur dalam jadual yang besar.
Numbers 12.0
Salin petikan sel jadual tanpa formula, kategori atau nilai tersembunyi.
Gunakan Pintasan pada macOS 12 untuk mencipta atau membuka hamparan dan tambahkan baris ke jadual.
Cipta formula dan isi sel dengan cepat dengan isi auto menggunakan VoiceOver.
Numbers 11.2
Gunakan jadual pivot untuk meringkaskan, menghimpunkan dan menyusun semula data dengan cepat untuk meneroka corak dan aliran dengan jadual pivot.
Gunakan carta radar untuk membandingkan berbilang pemboleh ubah pada masa yang sama secara visual untuk menunjukkan persamaan dan perbezaan dalam data anda dengan mudah.
Cari entri duplikasi dan nilai unik dalam data anda dengan penapis dipertingkatkan, serta gunakan Penapis Cepat yang direka bentuk semula untuk menunjukkan atau menyembunyikan baris yang sepadan dengan nilai khusus dengan mudah.
Kerjasama fleksibel membenarkan peserta menambahkan orang lain ke hamparan yang dikongsi.*
Terjemahan segera membolehkan anda menterjemahkan teks kepada sehingga 11 bahasa dan menambahkan terjemahan ke hamparan anda dengan satu klik.*
Cipta hamparan baharu daripada ikon app dalam Dock.
Numbers 11.1
Pautan ke halaman web, alamat e-mel dan nombor telefon daripada objek seperti bentuk, garisan, imej, lukisan atau kotak teks.
Numbers 11.0
Pelayar media dikemas kini menawarkan pilihan carian yang dipertingkatkan dan kategori kandungan baharu seperti Terbaharu, Potret dan Live Photos.
Tambahkan pautan nombor telefon ke sel jadual, objek teks dan bentuk.
Gunakan AppleScript untuk menukar kata laluan hamparan atau membuka hamparan yang dilindungi kata laluan.