![](https://help.apple.com/assets/5F3C0680680CE2851AEA3EB0/5F3C069C680CE2851AEA3EE4/ms_MY/4867277070c0edcd1e6ef90d5793049d.png)
Pengenalan kepada Numbers pada Mac
Numbers memudahkan anda menghasilkan hamparan yang menarik. Anda bermula dengan templat, kemudian ubah suainya mengikut pilihan anda. Templat direka bentuk untuk tujuan tertentu—seperti belanjawan dan senarai semak—untuk memberikan anda titik mula yang hebat untuk kerja anda. Setiap templat disediakan dengan gaya yang sedia direka bentuk untuk teks, jadual, bentuk dan objek lain yang kelihatan cantik bersama, supaya mudah untuk memberikan hamparan anda rupa yang diselaraskan.
![Pemilih templat. Bar sisi di sebelah kiri menyenaraikan kategori templat yang anda boleh klik untuk pilihan tapis. Di sebelah kanan ialah imej kecil templat yang diprareka bentuk disusun dalam baris mengikut kategori, bermula dengan Terbaru di bahagian atas dan diikuti oleh Asas dan Kewangan Peribadi. Menu timbul Bahasa dan Rantau berada di penjuru kiri bawah dan butang Batal dan Cipta berada di penjuru kanan bawah.](https://help.apple.com/assets/5F3C0680680CE2851AEA3EB0/5F3C069C680CE2851AEA3EE4/ms_MY/abc40a91ce8bee53c532df9c23763f1e.png)
Selepas anda membuka templat, anda boleh menambah nombor, formula, tarikh dan teks anda sendiri ke sebarang jadual; menggantikan atau memadam carta dan grafik; dan menambah jadual, carta baru dan banyak lagi.
Apabila anda memilih objek dalam hamparan—seperti jadual atau carta—kawalan pemformatannya muncul dalam bar sisi di sebelah kanan. Hanya kawalan untuk item yang dipilih akan kelihatan. Jika anda tidak nampak bar sisi, klik dalam bar alat. (Klik butang sekali lagi untuk menyembunyikan bar sisi.)
![Tetingkap Numbers dengan tab Teks pada bar sisi Format terbuka.](https://help.apple.com/assets/5F3C0680680CE2851AEA3EB0/5F3C069C680CE2851AEA3EE4/ms_MY/434282ba1e183643ec7a66a0c21353fd.png)
Anda boleh menukar rupa objek yang dipilih (imej, bentuk, jadual atau carta) dengan cepat dengan mengklik salah satu daripada enam gaya berdekatan bahagian atas bar sisi.
![Bar sisi Format menunjukkan pilihan gaya jadual dan pemformatan.](https://help.apple.com/assets/5F3C0680680CE2851AEA3EB0/5F3C069C680CE2851AEA3EE4/ms_MY/b97c90f5340e9b4a550c5a86b835a031.png)
Gunakan kawalan lain dalam bar sisi untuk menyesuaikan objek mengikut keinginan anda. Anda boleh menyimpan perubahan anda sebagai gaya baru, yang menyediakannya dalam bar sisi agar anda boleh menggunakannya pada teks atau objek lain. Anda juga boleh menyimpan keseluruhan hamparan sebagai templat baru.
Panduan ini membantu anda bermula menggunakan Numbers 10.3 pada Mac anda. Untuk melihat versi Numbers pada Mac anda, pilih Numbers > Perihal Numbers (daripada menu Numbers di bahagian atas skrin anda).
Untuk bermula dengan Numbers, klik salah satu pautan “Lihat juga” di bawah, atau klik butang Senarai Kandungan berhampiran bahagian atas halaman ini untuk melihat semua topik dalam panduan pengguna ini. Anda juga boleh memuat turun panduan daripada Apple Books (jika tersedia).